AbstractPerluasan makna perkataan merupakan aspek penting dalam usaha menjamin agar bahasa Melayu terus hidup dan berkembang seperti bahasa utama yang lain di dunia. Dalam konteks perluasan makna, maka aspek psikolinguistik yang menekankan aspek minda perlu diberi perhatian oleh pengkaji-pengkaji bahasa. Berdasarkan integrasi erat antara bidang psikolinguistik dan perluasan makna ini, maka kajian ini akan memaparkan perluasan makna perkataan berasaskan korpus digital. Integrasi erat antara bidang psikolinguistik dan semantik dalam memberi perluasan makna perkataan dalam bahasa Melayu dapat memberi natijah yang baik ke arah perkembangan bahasa Melayu.
Kata kunci: perluasan makna, psikolinguistik, minda, integrasi, semantik..