AbstractKajian ini bertujuan mengenal pasti pemupukan budaya membaca dalam kalanganmurid di sebuah sekolah rendah. Secara khusus objektif kajian ini adalah untuk meneroka penerapan budaya membaca dalam perspektif sekolah rendah, melihat ciri- ciri budaya membaca yang diamalkan oleh murid, mengenal pasti penglibatan sekolah dalam memupuk budaya membaca, mengenal pasti faktor-faktor yang menghalang pemupukan budaya membaca dan keperluan dalam membudayakan budaya membaca. Pendekatan kualitatif telah dipilih dengan menggunakan kajian kes sebagai metodologi kajian. Tiga teknik triangulasi kutipan data digunakan iaitu pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Informan yang ditemu bual secara mendalam hingga ketahap ketepuan data adalah seramai 15 orang murid dan empat orang guru. Data dianalisis dengan melakukan proses transkripsi dan pengekodan dalam melihat kecenderungan terhadap.....