AbstractKajian ini bertujuan menilai strategi dan pengalaman latihan kemahiran psikologi dalam
pasukan ragbi kebangsaan Malaysia semasa pertandingan Asia Rugby Championship 2018.
Teori Weinberg dan Gould telah digunakan dalam kajian ini yang berfokuskan kepada kesan strategi
dan pengalaman terhadap kemahiran psikologi sukan yang terdiri daripada penetapan
matlamat, automacity, kata kendiri, kawalan emosi, imageri, pengaktifan, relaksasi, pemikiran
negatif dan gangguan. Kajian kes digunakan sebagai reka bentuk kajian. Peserta kajian
terdiri 25 orang pemain yang mewakili Malaysia di kejohanan Asia Rugby Championship
2018. Instrumen kajian terdiri daripada satu set soal selidik Test of Performance
Strategies 2 (TOPS2) dan protokol temu bual. Data kuantitatif telah dianalisis menggunakan
statistik deskriptif dan inferens .....