UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 6
Simplified search suggestions : Ahmad Fauzi Mohd Ayu
12016
article
Keberkesanan penggunaan pengaturcaraan LOGO terhadap pencapaian Matematik murid tingkatan dua bagi topik Geometri
Awang Liz Aliza, Ahmad Tarmizi Rohani, Mohd Ayob Ahmad Fauzi,
Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji keberkesanan penggunaan pengaturcaraan LOGO terhadap pencapaian matematik murid tingkatan dua bagi topik geometri. Pencapaian matematik diukur berdasarkan pencapaian secara keseluruhan dan pencapaian berdasarkan soalan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Kajian ini mengguna reka bentuk Eksperimen Kuasi Pasca Ujian sahaja bagi membandingkan pencapaian matematik murid kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan dalam ujian pasca. Seramai 36 murid ditempatkan dalam kumpulan eksperimen dan 36 murid lagi ditempatkan dalam kumpulan kawalan. Murid kumpulan eksperimen menjalani proses pembelajaran matematik menggunakan pengaturcaraan LOGO manakala murid kumpulan kawalan menjalani pembelajaran matematik menggunakan persembahan slaid PowerPoint. Tempoh pelaksanaan kajian adalah selama enam minggu. Instrumen yang digunakan untuk mengukur pencapaian matematik murid adalah ujian pasca yang diadakan sebanyak dua kali. Ujian Pasca I dilakukan sejurus selepas du.....

7378 hits

22016
article
Keterlibatan murid kolej vokasional berpencapaian rendah dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik menerusi pendekatan ‘Q-Methodology
Marham Marsilah Anum, Mohd Ayub Ahmad Fauzi, Ahmad Tarmizi Rohani,
Keterlibatan dilihat sebagai konstruk penting yang berkait rapat dengan pencapaian murid. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat keterlibatan murid Kolej Vokasional berpencapaian rendah dalam Matematik sama ada keterlibatan tingkah laku, keterlibatan kognitif atau keterlibatan afektif serta mengenalpasti jenis keterlibatan yang mempengaruhi individu terbabit dalam mempelajari Matematik. Kajian ini menggunakan pendekatan ‘Q-methodology’ yang diperkenalkan oleh William Stephenson (1902-1989) pada tahun 1935. ‘Q-methodology’ merupakan satu teknik penyelidikan yang membolehkan penyelidik mengenalpasti, memahami dan mengkategorikan persepsi individu serta mengumpulkan individu yang mempunyai persamaan persepsi terhadap sesuatu perkara. Dalam kajian ini, persepsi pelajar berkaitan keterlibatan Matematik dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik dapat dikelompokkan. Seterusnya, kelompok pendapat yang subjektif ini digunakan untuk mengenalpasti faktor berkaitan keterlibatan ya.....

2557 hits

32018
article
Pengaruh guru, rakan sebaya dan sokongan keluarga terhadap keterlibatan matematik dalam kalangan murid sekolah menengah
Ahmad Fauzi Mohd Ayu
Kajian ini bertujuan untuk menentukan pengaruh guru, kesepaduan murid dan penglibatan keluarga terhadap keterlibatan matematik dalam kalangan murid sekolah menengah di Pulau Pinang. Seramai 155 orang murid daripada pelbagai sekolah terlibat dalam kajian yang dijalankan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa min keseluruhan keterlibatan murid dalam matematik adalah 3.60 (SP = .41). Secara terperinci, keterlibatan murid dalam matematik adalah lebih secara tingkahlaku (M = 3.76, SP = 0.56) diikuti oleh domain afektif (M = 3.56, SP = .42) dan domain kognitif (M = 3.55, SP = 0.41). Dapatan kajian juga mendapati semasa proses pembelajaran dan pengajaran matematik, murid mendapat sokongan yang baik daripada guru (M = 3.80, SP = 0.56), kesepaduan murid (M = 3.65, SP = 0.53) dan penglibatan ibu bapa (M = 3.32, SP = 0.71). Analisis korelasi pula menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang positif antara penglibatan ibu bapa (r = .515; p < .001), sokongan guru (r = .494, p < .001) dan kesepaduan mu.....

1373 hits

42017
article
Carbon as amorphous shell and interstitial dopant in mesoporous rutile TiO2: bio-template assisted sol-gel synthesis and photocatalytic activity
Mohamed Mohamad Azuwa, Wan Salleh Wan Norharyati, Jaafar Juhana, Rosmi Mohamad Saufi, Mohd. Hir Zul Adlan, Abd Mutalib Muhazri, Ismail Ahmad Fauzi, Ta
2844 hits

52022
thesis
GhaReo: Imaginasi penciptaan tari berinspirasikan lagu Ghazal
Mohd Fauzi Ahmad Selo
Kajian ini bertujuan menghasilkan projek persembahan yang menggunakan konsep imaginasi dalam penciptaan tari berdasarkan irama Ghazal Melayu Johor. Projek persembahan ini berfokuskan kepada dua aspek iaitu konsep imaginasi dan proses improvisasi yang mencipta tari diinspirasikan berdasarkan irama Ghazal Melayu Johor. Teori Imaginasi dan teori inkuri oleh John Dewey’s digunakan sebagai dasar kepada penjelasan konsep imaginasi dalam penciptaan. Menurut beliau imaginasi adalah satu bentuk aras pengetahuan dalam menzahirkan pelbagai perkara dan salah satunya adalah proses kreatif. Pada peringkat awal idea yang dibentangkan semasa projek akhir adalah berkaitan penciptaan tarian di Malaysia dan hubungkait dengan muzik atau lagu yang mengiringi tari. Isu yang telah diketengahkan adalah pelestarian muzik Ghazal yang umum mengetahui kini irama ini makin kurang mendapat sambutan dalam kalangan anak muda. GhaReo adalah akronim kepada Ghazal dan Koreografi yang menjelaskan penciptaan.....

760 hits

62014
article
Catan batik Najib Dawa
Ramli Harozila, Said Tajul Shuhaizam, Sedon @ M. Dom Mohd Fauzi,
Mohamed Najib Ahmad Dawa atau lebih dikenali sebagai Najib Dawa, merupakan satu nama yang terkenal dengan motif-motif tradisi dan menghasilkan sesuatu yang melambangkan identiti bangsa Melayu melalui catan-catan beliau. Penggunaan motifmotif tradisional bagi menjelaskan maksud di sebalik karya beliau membolehkan karya beliau tampil dengan keunikan yang tersendiri. Bagi Najib untuk mencari ketulenan dalam konteks budaya Malaysia, kita perlu melihat kembali ke belakang untuk dibawa ke arus semasa. Najib Dawa berjaya menghasilkan karya catan batik dengan gabungan motif-motif tradisi dan membina identiti beliau dalam perkembangan seni lukis moden Malaysia...

2142 hits

Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.