UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

8 record(s) found

Simplified search suggestions : Ahmad Ishak
1
Abstract
Ahmad Boestamam merupakan antara tokoh nasionalisme Malaya terawal yang terkehadapan dalam menyuarakan hak nasionalisme dalam kalangan orang Melayu. Beliau berusaha mengajak orang Melayu bangkit memperjuangkan hak pusaka bumi. Orang Melayu merupakan pribumi asal Tanah Melayu seharusnya berani memperjuangkan tuntutan demokrasi dan kemerdekaan Malaya. Melihat kepada senario politik dan ekonomi waktu itu orang Melayu sudah mula ketinggalan dalam semua aspek kehidupan. Lantaran itu, Ahmad Boestamam berusaha menyedarkan bangsanya. Justeru itu, makalah ini memaparkan peranan dan sumbangan beliau dalam usaha membangkitkan kesedaran orang Melayu dalam memperjuangkan hak pusaka son of the soil. Dengan merujuk kepada sumber primer dan sekunder makalah ini memaparkan peranan Ahmad Boestamam sebagai nasionalis Malaya...
Article Published 2016 5805 hits Available
4
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji persekitaran pembelajaran (persepsi sebenar dan yang di ingini) pelajar Jurusan Perakaunan di Kolej Matrikulasi Perak, Gopeng. Hubungan antara jenis persekitaran pembelajaran dengan pencapaian Purata Nilar Gred Kumulatif (PNGK) turut di kaji. Sampel terdiri dari 192 populasi pelajar jurusan Perakaunan dengan jumlah seramai 187 orang pelajar yang dikaji. Kaedah tinjauan digunakan dengan mentadbirkan soalselidik " What Is Happening In The Classroom" (WIHIC) (Frazer et al. ,1996) yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Soal selidik ini terbahagi kepada 7 elemen iaitu 8 item untuk setiap elemen. Setiap elemen digunakan untuk mengenal pasti setiap elemen persekitaran pembelajaran (keakraban pelajar, sokongan guru, penglibatan, kajian, orentasi tugasan.kerjasama dan kesaksamaan). Analisis data mendapati, ketujuh-tujuh elemen tersebut mempunyai kebolehpercayaan alpha yang tinggi (0.7552 hingga 0.9345) setelah 2 item disingkir dari instrumen yang as.....
Thesis Published 2007 265 hits Available
5
Abstract
Dalam konteks perkembangan novel Melayu selama hampir lapan dekad itu, memang tidak dinafikan peranan dan sumbangan yang diberikan oleh pengarang-pengarang novel yang berasal dari negerinegen dalam Malaysia. Ini termasuklah pengarang-pengarang novel yang berasal daripada negeri Pahang Darul Makmur seperti Ahmad Kotot, Ishak Haji Muhammad (Pak Sako), Ibrahim Omar, Arman Sani dan Rahman Yusoff. Walaupun dari segi kuantitinya ternyata keeil berbanding dengan jumlah keseluruhan pengarang-pengarang novel dalam kesusasteraan Melayu yang berkarya antara tahun-tahun 1920- an hingga 2000 itu. Namun, sumbangan dan peranan yang mereka berikan dalam genre tersebut memang tidak boleh dipandang kecil, Dalam konteks ini suatu hal yang menarik ialah penglibatan mereka itu ada yang bermula sejak genre novel ini muneul dalam kesusasteraan Melayu pada tahun-tahun 1920an - 1930an. Pengarang yang dimaksudkan ialah Ahmad Kotot yang telah menghasilkan novel Hikayat Percintaan Kasih Kemudahan (1927). Kemudian.....
Conference Item Published 2001 2192 hits Available
6
Abstract
Kebangkitan pemikiran terhadap Islam hadhari menuntut agar orang Melayu mengadakan muhasabah din terhadap pelbagai cabaran dan harapan menjelang milenium akan datang. Orang Melayu harus melakukan anjakan paradigma bagi menyaingi bangsa lain jika inginkan kehidupan sejahtera, aman dan bahagia di tanah air sendiri. Kertas kerja ini cuba meninjau kesediaan dan keterpanggilan orang Melayu dalam ledakan kebangkitan negara bangsa yang mendasari prinsip Islam hadhari yang digalurkan Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi. Kajian mengenai peradaban Melayu pada masa lalu yang dijalankan sendiri oleh penulis, serta pelbagai konotasi yang dilemparkan golongan colonial terhadap bangsa yang pernah digambbarkan Windstead sebagai orang yang berbudi bahasa turut dijadikan kayu ukur dalam menjana pemikiran terhadap kemampuan orang Melayu dalam menghadapi cabaran dan tuntutan masa hadapan, khususnya dalam. permasalahan mencakupi institusi keluarga, pendidikan, kejiranan dan .....
Conference Item Published 2004 1480 hits Available
7
Abstract
DPMP ditubuhkan pada 17 Mei 1957 di Sekolah Laki-laki Temerloh. Kira-kira seratus orang penulis, peminat, guru-guru, ustaz merupakan tenaga awal penubuhannya dan mereka inilah yang hadir pada hari yang bersejarah itu. Antara objektif penubuhannya ialah menyatukan penulis-penulis, peminat sastera dan penggiat budaya ke dalam suatu organisasi yang berperlembagaan. Sebelum itu Pahang telah mempunyai penulis yang menulis bersendirian seperti Dato' Shihabudin Zainal Abidin (ulama) yang banyak menghasilkan karya agama dalam genre syair. Dalam kurun kelima belas hingga ketujuh belas tradisi menulis terus menerus disambung pula oleh Cikgu Ahmad Kotot, Hikayat Percintaan Kasih Kemudaan diterbitkan tahun 1928. Cikgu Ahmad adalah bekas penuntut Maktab Perguruan Melaka sebelum berpindah ke Tanjung Malim. Selepas itu timbul pula penulis IBHY iaitu Ibrahim Haji Yaacob yang banyak menulis rencana-rencana tentang nasib dan perjuangan orang-orang Melayu. Beliau merupakan pelajar Sultan Idris Training C.....
Conference Item Published 2001 3520 hits Available
8
Abstract
Lepas Perang Dunia II bangsa Melayu mula memikirkan bagaimana untuk bersatu dan mengembalikan kegemilangan rumpun Melayu di Nusantara. Melalui konsep Melayu Raya mereka berusaha menyatukan kembali rumpun bangsa Melayu seperti sebelum era penjajahan. Era penjajahan memperlihatkan gugusan kepulauan Melayu berjaya dipisahkan menjadi beberapa entiti yang terasing. Pejuang politik di Kepulauan Melayu berusaha untuk menyatukan rumpun Melayu dengan cara yang tersendiri. Ibrahim Yaakub, Burhanuddin Al Helmy, Ahmad Boestamam dan Ishak Hj Muhammad mewakili Tanah Melayu manakala Sukarno dan Hatta mewakili Indonesia berkongsi matlamat yang sama. Lantaran itu, makalah ini cuba menyingkap konsep Melayu Raya dengan merujuk dokumen sejarah dan sumber lisan dalam kalangan orang yang pernah terlibat dalam perjuangan serumpun untuk memerdekakan Malaya dari terus dijajah British. Kata Kunci Melayu, Melayu Raya, Burhanuddin Al Helmy, Parti Kebangsaan Melayu Raya, Merdeka..
Article Published 2015 119 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.