AbstractKajian ini merupakan satu kajian pemerolehan bahasa pertama bagi kanak-kanak prasekolah khususnya daripada aspek sintaksis di sekolah Tadika Kemas di Sabak Bernam, Selangor.Kajian ini mempunyai tiga objektif utama. Objektif pertama ialah untuk melihat pemerolehan sintaksis di kalangan kanak-kanak prasekolah dari segi kebolehan menghasilkan jenis ayat bahasa Melayu iaitu Ayat Penyata, Ayat Tanya, Ayat Seruan dan Ayat Perintah. Objektif kedua, untuk melihat binaan ayat yang digunakan oleh kanak-kanak prasekolah, dan objektif ketiga, untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pemerolehan sintaksis di kalangan kanak-kanak prasekolah. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah tinjauan dan kepustakaan.Daripada kajian yang dijalankan, didapati bahawa kanak-kanak prasekolah telah berjaya menghasilkan jenis-jenis ayat bahasa Melayu melalui aktiviti mingguan suai kenal, aktiviti melukis, dan aktiviti perbualan menggunakan Kit Misteri. Ayat penyata adalah jenis ayat yang palin.....