UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Aidahapini Derum |
1 | 2022 thesis | Kesan modul KBAT-TKT terhadap KBAT, pemikiran kreatif, kritis serta pemikiran positif dan sihat dalam kalangan pelajar Aidahapini Derum Kajian eksperimen ini bertujuan mengkaji kesan modul Kemahiran Berfikir Aras Tinggi berdasarkan Terapi Kognitif Tingkah Laku (KBAT-TKT) terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Kemahiran Berfikir Kritis (KBKri), Kemahiran Berfikir Kreatif(KBKre) dan Pemikiran Positif dan Sihat (PPS). Modul KBAT-TKT dibina berdasarkan integrasi Teori Taksanomi Anderson dan Terapi Kognitif Tingkah Laku (TKT) yang bertujuan meningkatkan KBAT dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Soal selidik kajian ialah lima inventori yang merangkumi Inventori KBAT-SAINS, Inventori Pengetahuan KBAT-SAINS, Inventori KBKri, Inventori KBKre dan Inventori PPS. Responden kajian ialah 93 orang subjek yang dipilih memasuki dua kelompok rawatan dan satu kelompok kawalan. Dua kelompok rawatan ialah kelompok rawatan mingguan(KBMg-KBAT) seramai 31 subjek (n1 = 31) dan kelompok rawatan maraton (KBMr-KBAT) seramai 31 subjek (n2 = 31), manakala kelompok kawalan seramai 31 subjek.Subjek kelompok KBMg-KBAT mngikuti lapan sesi ..... 848 hits |