|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Total records found : 1 |
| Simplified search suggestions : Aisha Chang |
| 1 | 2023 Thesis | Pembinaan model aktiviti pengajaran Bahasa Melayu berasaskan peta pemikiran kemahiran pemikiran masa depan murid sekolah menengah Aisha Chang Kajian ini bertujuan untuk membina model aktiviti pengajaran Bahasa Melayu
berdasarkan peta pemikiran kemahiran pemikiran masa depan murid sekolah
menengah. Kaedah Kajian Reka Bentuk dan Pembangunan (DDR) digunakan dalam
kajian ini untuk membina model melalui tiga fasa. Fasa pertama kajian adalah fasa
analisis keperluan, di mana keperluan dalam pembinaan model ini dikenal pasti melalui
kaedah soal selidik terhadap 80 orang guru dan temu bual dengan lima orang guru
berpengalaman yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah menengah.
Fasa kedua adalah fasa reka bentuk dan pembangunan model, yang melibatkan tujuh
orang pakar menggunakan Nominal Group Technique (NGT) dan Interpretive
Structural Modelling (ISM) untuk membangunkan model. Fasa ketiga adalah fasa
penilaian model, di mana seramai 18 orang pakar menilai model menggunakan teknik
Fuzzy Delphi. Dapatan kajian dalam fasa analisis keperluan menunjukkan bahawa
sampel kajian bersetuju (M=4.4946; SP=0.6263) mengenai..... 2919 hits |