UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 2
Simplified search suggestions : Alagari Subramaniam
12023
thesis
Pengaruh kepimpinan transformasi guru besar dan perilaku kewarganegaraan organisasi guru terhadap keberkesanan sekolah Daerah Kinta, Perak
Alagari Subramaniam
Tujuan kajian ini adalah untuk menganalis hubungan di antara kepimpinan transformasi guru besar, perilaku kewarganegaraan organisasi dan keberkesanan sekolah. Ia juga turut mengukur pengaruh kepimpinan transformasi guru besar dan perilaku kewarganegaraan organisasi terhadap keberkesanan sekolah. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk secara tinjauan berdasarkan soal selidik. Ia melibatkan 582 orang guru sekolah kebangsaan dari daerah Kinta Utara dan Kinta Selatan Perak. Pemilihan sekolah serta responden telah dibuat menggunakan persampelan secara rawak mudah dan berstrata. Data-data telah dianalisis menggunakan ujian deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kepimpinan transformasi guru besar mengikut persepsi guru adalah pada tahap tinggi (min=4.31,SP=.616), perilaku kewarganegaraan organisasi guru adalah pada tahap tinggi (min=4.15,SP=.613), dan keberkesanan sekolah juga berada pada tahap tinggi (min=4.25,SP=.603). Analisis u.....

184 hits

22022
article
Hubungan antara kepuasan kerja guru dengan komitmen guru sekolah kebangsaan di daerah Kinta Selatan, Perak
Alagari Subramaniam
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis hubungan antara kepuasan kerja guru dengan komitmen guru sekolah kebangsaan di daerah Kinta Selatan Perak. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kajian secara tinjauan berdasarkan soal selidik. Ia melibatkan 150 orang guru sekolah kebangsaan dari enam buah sekolah kebangsaan daerah Kinta Selatan, Perak. Pemilihan sekolah serta responden telah dibuat dengan menggunakan persampelan secara rawak mudah, berstrata dan bersistematik. Data telah dianalisis dengan menggunakan ujian deskritif dan inferensi. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kepuasan kerja guru mengikut persepsi guru adalah pada tahap tinggi (min = 3.93) manakala komitmen guru juga adalah pada tahap tinggi (min = 3.96). Seterusnya kajian mendapati terdapat hubungan signifikan positif antara kepuasan kerja guru dengan komitmen guru mempunyai hubungan (r = 0.74**, p < 0.05). Secara kesimpulan kepuasan kerja guru mempunyai hubungan signifikan dengan komitmen gur.....

204 hits

Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.