UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Amal Hayati Ishak |
1 | 2015 thesis | Burnout dan tekanan kerja di kalangan guru: satu kajian terhadap guru-guru sekolah menengah daerah Hulu Langat Amal Hayati Ishak Burnout merupakan satu fenomena kesan daripada tekanan kerja jangka panjang. Ia biasanya dialami oleh profesion yang perlu berurusan dengan pelanggan. Salah satu daripada profesion dalam kategori tersebut ialah guru kerana tugas utama seorang guru ialah mengajar dan mengawal pelajar daripada pelbagai peringkat usia. Burnout dapat dikesan melalui tiga simptom utama iaitu kelesuan emosi, depersonalisasi dan penurunan pencapaian diri. Justeru, kajian ini dijalankan terhadap para guru bagi meneliti fenomena burnout dan tekanan kerja di kalangan mereka. Kajian yang dijalankan di daerah Hulu Langat ini menggunakan borang soal-selidik sebagai instrumen pengumpulan data. Data yang telah dikumpul dianalisis menggunakan program SPSS 12.0. Berdasarkan 75 orang responden yang telah menjawab borang soal-selidik, tekanan kerja mempunyai pengaruh terhadap burnout terutamanya dari segi beban kerja dan faktor persekitaran termasuklah situasi sekolah serta peralatan mengajar. Lokasi sekolah sama ada di ..... 3840 hits |