UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

1 record(s) found

Simplified search suggestions : Amina Pang
1
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap literasi peta dunia dan faktor yang menentukannya dalam kalangan pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Geografi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Bagi mencapai tujuan tersebut, reka bentuk kajian tinjauanmenggunakan instrumen borang soal selidik digunakan. Sampel kajian terdiri daripada 191 orang mahasiswa geografi di UPSI dengan menggunakan teknik persampelan rawak mudah. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif (kekerapan, peratus dan min) dan analisis inferensi iaitu ujian Khi-kuasa Dua. Dapatan kajian daripada ujian literasi peta dunia menunjukkan bahawa tahap literasi peta dunia dalam kalangan mahasiswa geografi adalah tahap yang baik (71.7%). Seterusnya, analisis daripada ujian Khi-kuasa Dua menunjukkan bahawa tahap literasi peta dunia ditentukan oleh faktor tahap minat mempelajari peta dunia [ X2 = 24.305, df=9, N=191, p= .004 ], kekerapan menggunakan perisian Google Earth [X2 = 21.645, df=12, N=191, p=0......
Article Published 2020 1189 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.