UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 3
Simplified search suggestions : Aminnudin Saimon
12019
article
Penggunaan kiasan dalam plot konflik filem: Satu analisis pragmatic
Aminnudin Saimon
Bahasa kiasan merupakan satu bentuk bahasa yang diungkapkan bagi mengindahkan sesuatu perkara yang kurang elok atau mempunyai niat yang tidak elok. Pengungkapan bahasa kiasan dalam konflik ini mempunyai pelbagai tujuan, antaranya mengungkapkan ketidakpuasan hati, kekecewaan dan perkelahian. Sehubungan itu, tulisan ini bertujuan untuk menganalisis penggunaan bahasa kiasan dalam plot konflik menggunakan pendekatan pragmatik. Data diperoleh menerusi filem Melayu yang dilakonkan oleh Nordin Ahmad, iaitu Lanchang Kuning, Semerah Padi, Hang Jebat dan Seri Mersing. Hasil kajian mendapati bahasa kiasan banyak diungkapkan dalam plot konflik bagi menyatakan kekecewaan, perkelahian dan ketidakpuasan hati. Kajian ini juga membuktikan bahawa pengungkapan bahasa kiasan dapat difahami oleh komunikator berdasarkan pendekatan teori pragmatik. Kesimpulannya, penelitian terhadap bahasa dalam filem telah dapat menyerlahkan keperibadian, akal budi positif atau negatif dan kekreatifan masyarakat Melayu dala.....

388 hits

22021
article
Tahap pemahaman pelajar terhadap istilah baharu COVID-19: kajian terhadap universiti awam di Malaysia
Aminnudin Saimon
Pandemik COVID-19 yang melanda dunia pada ketika ini telah menyebabkan kewujudan istilah-istilah baharu khususnya istilah yang digunakan dalam penjenamaan COVID-19 kepada masyarakat. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui penggunaan istilah-istilah baharu dalam COVID-19. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan menggunakan satu soal selidik untuk mengenal pasti istilah-istilah baharu dalam COVID-19 dan mengkaji tahap pemahaman pelajar terhadap istilah dalam COVID-19. Seramai 200 orang pelajar daripada empat buah universiti awam telah dipilih dengan menggunakan persampelan rawak berstrata. Dapatan kajian mendapati bahawa pelajar UIAM mencatat jumlah pemahaman yang tinggi diikuti oleh UPSI, UKM dan UM. Daripada jumlah 3952, pelajar UIAM mencatat 1001 pemahaman terhadap istilah-istilah yang diberikan,diikuti oleh UPSI sebanyak 998, UKM 995 dan UM 958. Dapatan juga menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar memahami istilah-istilah yang digunakan dalam COVID-19. I.....

287 hits

32021
article
Lakuan bahasa arahan dalam teks ucapan Perdana Menteri berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Aminnudin Saimon
Teks ucapan merupakan wahana yang menggabungkan penyampaian idealogi dan pemikiran melalui penggunaan bahasa supaya dapat difahami oleh pendengar. Kejayaan menyampaikan sesuatu ucapan bergantung pada penggunaan lakuan bahasa yang meyakinkan pendengar. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis penggunaan lakuan bahasa sebagai satu strategi penghujahan yang berkesan dan lakuan bahasa hanya ditumpukan kepada lakuan bahasa arahan (LBA). Objektif kajian ini adalah menganalisis lakuan bahasa arahan yang terdapat dalam teks ucapan Perdana Menteri. Data utama kajian merupakan teks ucapan YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin berkaitan PKP. Sebanyak empat teks ucapan diambil, iaitu pada fasa PKP pertama, kedua, ketiga dan keempat. Kaedah kualitatif digunakan untuk menganalisis penggunaan aspek lakuan bahasa arahan dengan bersandarkan kerangka teori Bach dan Harnish (1979). Secara keseluruhan, dapatan menunjukkan kategori lakuan bahasa arahan yang dinyatakan oleh .....

277 hits

Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.