|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Total records found : 2 |
| Simplified search suggestions : Ananthan Nagu |
| 1 | 2018 Thesis | Estetika ukiran keliring dalam konteks institusi sosial Orang Ulu di Daerah Belaga Sarawak Ananthan Nagu Kajian kes kualitatif ini bertujuan untuk menjelaskan nilai-nilai estetika ukiran keliring dalam konteks institusi sosial Orang Ulu di Daerah Belaga, Sarawak. Kajian ini dilakukan berdasarkan senario semasa dan permasalahan dalam konteks institusi sosial dalam menangani cabaran melestarikan estetika ukiran keliring mendepani arus globalisasi. Kutipan data kajian ini dilakukan di Rumah Panjang Punan Bah, di Rumah Panjang Tinjar, di Muzium Negeri Sarawak dan di Muzium Negara Kuala Lumpur. Sumber data utama diperoleh melalui temu bual terhadap sembilan orang informan dalam kalangan Orang Ulu yang berasal dari Belaga yang berumur antara 50 dan 90 tahun. Maklumat data lain diperoleh melalui kaedah pemerhatian, fotografi dan analisis dokumen. Kajian estetika ukiran keliring ini dilakukan berlandaskan prinsip-prinsip estetika oleh Zakaria Ali (1989) dan ciri-ciri institusi sosial yang telah dikemukakan oleh Hobbs dan Blank (1978). Dapatan kajian ini menunjukkan kepelbagaian motif yang mempuny..... 1208 hits |
| 2 | 2018 Thesis | Estetika ukiran klirieng, salong dan lijeng dalam konteks institusi sosial Orang Ulu di Daerah Belaga dan Baram, Sarawak Ananthan Nagu Kajian kes kualitatif ini bertujuan untuk menjelaskan nilai-nilai estetika ukiran
klirieng, salong dan lijeng dalam konteks institusi sosial Orang Ulu di Daerah Belaga
dan Baram, Sarawak. Kajian ini dilakukan berdasarkan senario semasa dan
permasalahan dalam konteks institusi sosial dalam menangani cabaran melestarikan
estetika ukiran klirieng, salong dan lijeng mendepani arus globalisasi. Kutipan data
kajian ini dilakukan di Rumah Panjang Punan Bah, di Rumah Panjang Tinjar, di
Muzium Negeri Sarawak dan di Muzium Negara Kuala Lumpur. Sumber data utama
diperoleh melalui temu bual terhadap sembilan orang informan dalam kalangan Orang
Ulu yang berasal dari Belaga yang berumur antara 50 dan 90 tahun. Maklumat data
lain diperoleh melalui kaedah pemerhatian, fotografi dan analisis dokumen. Kajian
estetika ukiran klirieng, salong dan lijeng ini dilakukan berlandaskan prinsip-prinsip
estetika oleh Zakaria Ali (1989) dan ciri-ciri institusi sosial yang telah dikemukakan
oleh Hobbs d..... 1419 hits |