|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Total records found : 1 |
| Simplified search suggestions : Anis Syahidah Ahmad Yusof |
| 1 | 2024 Thesis | Tahap pengetahuan dan sikap terhadap LGBT dalam kalangan murid Islam tingkatan enam di Kuala Lumpur Anis Syahidah Ahmad Yusof Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan dan sikap terhadap LGBT. Reka bentuk kajian ini adalah kaedah kajian tinjauan. Sampel kajian terdiri daripada 278 responden yang telah dipilih secara rawak daripada 1092 orang murid tingkatan enam yang bersekolah di sekolah menengah di sekitar Kuala Lumpur. Instrumen kajian terdiri daripada satu set soal selidik yang telah telah disahkan oleh tiga orang pakar. Kebolehpercayaan instrumen soal selidik adalah tinggi berdasarkan pekali Alpha Cronbach a = 0.93 bagi pembolehubah pengetahuan terhadap LGBT dan pembolehubah sikap terhadap LGBT. Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan inferensi iaitu kekerapan, peratusan, min, sisihan piawai, ujian-t, ANOVA dan korelasi Pearson. Statistik deskriptif digunakan untuk mengukur tahap pengetahuan dan sikap terhadap LGBT dalam kalangan responden. Statistik inferensi pula digunakan untuk melihat perbezaan tahap pengetahuan dan sikap terhadap LGBT berdasarkan faktorfaktor dem..... 1 hits |