UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

2 record(s) found

Simplified search suggestions : Anita Junaidi
1
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk membincangkan sikap masyarakat Iban terhadap perkembangan pendidikan di Sarawak. Kedatangan badan mubaligh Kristian ke Sarawak membawa sinar baru dalam kehidupan masyarakat Iban kerana badan mubaligh berkenaan telah menubuhkan sekolah sebagai strategi dakwah mereka. Penubuhan sekolah tersebut membolehkan masyarakat Iban mendapatkan pendidikan formal. Ini kerana, sebelum penubuhan sekolah mubaligh, masyarakat Iban hanya mendapat pendidikan secara tidak formal. Sehubungan dengan itu, kajian dilakukan bagi meninjau sikap dan penerimaan masyarakat Iban terhadap perkembangan pendidikan di Sarawak. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif menerusi analisis dokumen ke atas sumber primer dan sekunder. Hasil kajian mendapati masyarakat Iban menunjukkan dua sikap yang berbeza terhadap perkembangan pendidikan iaitu menerima dan menolak pendidikan. Golongan masyarakat Iban yang menerima pendidikan didorong oleh kesedaran mereka untuk mengubah kehidupan menjadi lebih baik.....
Article Published 2024 384 hits Available
2
Abstract
Kajian ini adalah tentang penglibatan wanita dalam perkembangan pendidikan untuk kaum wanita di Sarawak pada tahun 1930-1963. Dalam kebanyakan penulisan sejarah pendidikan di Sarawak, tokoh wanita Barat seperti Hariette McDougall, Margaret Brooke, dan Mary Hoover sering diangkat sebagai pelopor pembangunan pendidikan masyarakat, manakala peranan wanita tempatan sering diketepikan. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk menyelidiki usaha wanita tempatan dalam memajukan pendidikan masyarakat, khususnya bagi kaum wanita di Sarawak. Penyelidikan ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kualitatif dengan menganalisis sumber primer dan sekunder yang terdiri daripada fail, rekod, surat, laporan, akhbar, buku, jurnal dan tesis. Selain itu, temu bual juga dilakukan dengan beberapa orang responden terpilih. Hasil kajian mendapati wanita Sarawak khususnya golongan wanita yang berpendidikan turut memainkan peranan penting dalam perkembangan pendidikan masyarakat khususnya wanita menerusi usaha merek.....
Thesis Published 2024 249 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.