UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Annuar Mohamed |
1 | 2021 article | Faktor multidimensi yang menjadi cabaran masyarakat bandar berpendapatan sederhana di Pulau Pinang untuk memiliki rumah Annuar Mohamed Keupayaan untuk memiliki rumah terus menjadi isu utama bukan sahaja bagi setiap individu, malah menjadi agenda penting dalam arus pembangunan negara yang lestari. Pembangunan negara yang pesat telah mengakibatkan proses urbanisasi menerusi penghijrahan masyarakat ke kawasan bandar yang merupakan pusat perkembangan ekonomi negara. Hal ini telah mengakibatkan permintaan yang tinggi terhadap pemilikan rumah di kawasan bandar terutamanya dalam kalangan masyarakat berpendapatan sederhana dan negeri Pulau Pinang tidak terkecuali. Penulisan ini membincangkan mengenai faktor multidimensi yang menjadi cabaran masyarakat bandar berpendapatan sederhana di Pulau Pinang untuk memiliki rumah. Kajian ini dilaksanakan secara kualitatif melalui kaedah temu bual bersemuka dan maklumat yang diperolehi telah mencapai tahap ketepuan sehingga 15 informan yang melibatkan penduduk bandar berpendapatan sederhana. Pulau Pinang dipilih kerana kadar kepadatan penduduk dan urbanisasi antara yang tertinggi di Malay..... 222 hits |