UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Armizawani Mohamed Buang |
1 | 2023 thesis | Hubungan kecekapan komputer kendiri menggunakan Modul Spreadsheet Belanjawan terhadap minat dan pencapaian akademik pelajar perakaunan kolej matrikulasi Armizawani Mohamed Buang Kajian ini adalah untuk mengetahui kesan penggunaan Modul Spreadsheet
Belanjawan sebagai moderator terhadap hubungan kecekapan komputer kendiri
dengan pencapaian akademik dan minat pelajar Jurusan Perakaunan di Kolej
Matrikulasi. Reka bentuk utama yang digunakan dalam kajian ini adalah kuasi
eksperimen. Populasi kajian adalah terdiri daripada semua pelajar kursus
Perakaunan semester dua di Kolej Matrikulasi Pahang. Pelajar yang dipilih secara
rawak merangkumi 60 orang bagi kedua-dua kumpulan rawatan dan kawalan.
Tempoh pelaksanaan kajian ialah lapan minggu. Instrumen yang digunakan adalah
modul, soalan ujian pra dan pasca serta soal selidik. Data dianalisis menggunakan
ujian T-test, koefisien korelasi Pearson Spearman's rho, regresi linear berganda dan
demografi bentuk peratus dan skor min. Skor min pelajar yang menggunakan Modul
Spreadsheet Belanjawan adalah lebih tinggi secara signifikan berbanding dengan
kumpulan kawalan dalam ujian pasca dengan t(118)=-60.786, p.. 306 hits |