|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Total records found : 1 |
| Simplified search suggestions : Asrezamane Zakaria |
| 1 | 2017 Thesis | Perbandingan pencapaian komponen kecergasan dengan kemahiran spesifik bola sepak di antara pemain bola sepak bawah 12 tahun daerah Gombak dan daerah Petaling Perdana Asrezamane Zakaria Kajian ini bertujuan untuk melihat kesan program latihan sedia ada terhadap pencapaian komponen kecergasan dan kemahiran spesifik bola sepak di antara pemain bola sepak daerah Gombak dan pemain bola sepak daerah Petaling Perdana. Sampel kajian terdiri daripada 16 orang pemain bola sepak daerah Gombak dan 16 orang pemain bola sepak daerah Petaling Perdana berumur 12 tahun yang mengikuti program latihan daerah masing-masing. Instrumen kajian yang digunakan ialah empat jenis ujian kecergasan iaitu ujian Lari Pecut 20 meter, ujian Lompat Jauh Berdiri, ujian Pacer (Multistage Fitness Test) dan ujian Lari Ulang Alik 10 meter. Manakala tiga jenis ujian yang digunakan untuk menguji kemahiran spesifik bola sepak adalah ujian kepantasan menggelecek bola, ujian ketepatan menjaring bola dan ujian ketepatan hantaran bola. Hasil analisis ujian-t sampel tidak bersandar menunjukkan tidak terdapat perbezaan dari segi skor ujian kecergasan dan kemahiran spesifik bola sepak di antara pemain bola sepak da..... 2055 hits |