AbstractSecara umumnya, kajian ini bertujuan untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen Pentaksiran Ekstensif Modifikasi Permainan Kategori Memadang Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani Tahun 5. Kajian ini menggunakan instrumen yang holistik dan realistik bagi menilai tahap pencapaian murid bagi permainan kategori memadang. Pentaksiran Ekstensif merangkumi penilaian domain psikomotor, kognitif, afektif dan juga elemen penaakulan (memukul dan memadang). Penilaian domain psikomotor, afektif dan elemen penaakulan dilaksanakan secara pemerhatian guru, dan bagi domain kognitif pula, penilaian kendiri dilaksanakan oleh murid. Lima sumber utama dijadikan sebagai rujukan dan panduan supaya instrumen pentaksiran yang dibina bersesuaian dengan kehendak dan keperluan kurikulum Pendidikan Jasmani. Instrumen kajian ini dibina berdasarkan Buku Teks Pendidikan Jasmani Tahun 5, Buku Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani Tahun 5, Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Jasmani Tah.....