|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Total records found : 2 |
| Simplified search suggestions : Azhar Mat Akhir |
| 1 | 2011 Thesis | Pelaksanaan Kurikulum Aliran Vokasional bagi mata pelajaran aplikasi Elektrik dan Elektronik di Sekolah Menengah Vokasional Azhar Mat Akhir Kurikulum Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV) telah dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2009. Kurikulum ini digubal untuk menggantikan kurikulum sekolah vokasional yang digunakan sejak tahun 1988. Kurikulum ini menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara modular serta pentaksiran berasaskan kompetensi. Aspek bahan kurikulum, kesediaan guru, kesediaan pelajar, kemudahan, dan sokongan dikenal pasti sebagai faktor yang mempengaruhi pelaksanaan sesuatu kurikulum.Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keupayaan aspek-aspek tersebut dalam melaksanakan kurikulum MPAV bagi kursus Elektrik dan Elektronik berdasarkan pandangan guru. Sebanyak 264 soal selidik diedarkan. Pemilihan sampel dalam kajian ini dilakukan secara rawak berkelompok berdasarkan empat zon pentadbiran BPTV iaitu Zon Utara, Tengah, Selatan, dan Timur. Sebanyak 210 responden digunakan untuk analisis data.Hasil kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhannya, aspek-aspek yang dikaji mempunyai keupayaan dalam m..... 232 hits |
| 2 | 2021 Article | Penerapan kemahiran insaniah bagi domain afektif kemahiran komunikasi, sepanjang hayat, sosial dan kepimpinan untuk kemenjadian siswa universiti Azhar Md Sabil Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penerapan domain afektif untuk membentuk keberkesanan perwatakan yang baik. Domain ini merangkumi perasaan, rohani, tanggungjawab, keinginan, menghargai dan memahami dalam kalangan pelajar di institut pendidikan tinggi. Pensyarah memainkan peranan penting untuk menghasilkan kemenjadian pelajar agar seimbang dengan penghayatan pengajaran dan pembelajaran di universiti. Responden kajian melibatkan tujuh kumpulan, iaitu lima orang pelajar bacelor pendidikan tahun akhir bagi setiap kumpulan dengan mengambil kira tujuh program dalam bidang di Fakuti Pengajian Pendidikan. Reka bentuk kajian ini ialah kajian kes dengan satu lokasi dan menggunakan kaedah kualitatif, iaitu temu bual berkumpulan secara separa berstruktur. Dapatan kajian menunjukkan, pelajar bacelor pendidikan mempunyai domain afektif secara langsung dalam pengajaran dan pembelajaran dengan menerapkan kemahiran insaniah, iaitu kemahiran komunikasi, pemikiran kritis dan menyelesaikan masal..... 608 hits |