UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Azharudin Ramli |
1 | 2022 thesis | Mari bermain congkak : suatu aktiviti didik hibur di Arja Art Academy Azharudin Ramli Keindahan dan keistimewaan yang sememangnya wujud pada setiap permainan
tradisional di negara ini merupakan aspek terpenting yang terkandung di dalamnya.
Congkak adalah salah satu permainan tradisional yang masih lagi wujud hingga ke hari
ini dan ianya berkembang mengikut peredaran zaman. Permainan tradisional congkak
ini perlu diwarisi dari satu generasi ke satu generasi yang lain terutamanya golongan
muda agar ianya tidak hilang ditelan zaman. Namun begitu, dalam kehidupan serba
moden ketika ini dan kurangnya kajian serta penulisan ilmiah mengenainya adalah
punca mengapa legasi permainan tradisional congkak ini semakin hari semakin
dilupakan dan tidak mustahil ia akan terus malap dari pandangan mata. Dengan
berpaksikan kepada kerangka teori Fun Learning oleh Raph Koster ke dalam projek
pengkaryaan berbentuk persembahan eksperimentasi ini, penyelidik dapat
memperkenalkan satu langkah strategi dalam menarik minat kanak-kanak dan golongan
muda terhadap permainan congkak. Ole..... 1001 hits |