UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Aziawati Abdul Aziz |
1 | 2010 Thesis | Ke mana hala tuju Komsas Aziawati Abdul Aziz Kajian ini bertujuan untuk mendapat maklumat dan rumusan tentang hala tuju Komsas selepas
berlakunya penukaran buku teks 2010 yang menolak karya Sasterawan Negara sebagai teks dan
memuatkannya dengan karya penulisan pop atau picisan. Kajian dilakukan di lima buah sekolah yang
terdapat di daerah Seberang Perai Selatan. Responden terdiri daripada dua puluh lima orang guru
yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah dan tujuh puluh lima lagi responden adalah
para pelajar. Penyelidik menggunakan kaedah kuantitatif iaitu soal selidik bagi mendapatkan maklum
balas di atas kajian yang dilakukan. Berdasarkan kajian, didapati bahawa buku teks 2010 mampu
menarik minat para peJajar untuk belajar, namun impaknya ialah kualiti pembacaan para
pelajar kurang bermutu dan kejelasan hala tuju sebenar penerapan Komsas ke dalam Bahasa Melayu
kabur. Semoga kajian ini dapat dimanfaatkan dan dijadikan sebagai landasan dalam melakukan atau..... 22 hits |