|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Total records found : 1 |
| Simplified search suggestions : Azlan Abdul Aziz |
| 1 | 2019 Thesis | Keberkesanan koswer i-Media terhadap pencapaian pembelajaran pelajar dewasa Azlan Abdul Aziz Kajian ini bertujuan menilai keberkesanan koswer i-Media, dalam pembelajaran kursus Multimedia
Interaktif, terhadap pencapaian pembelajaran pelajar dewasa. Model Gagne dan Teori
Andragogi menjadi asas pembangunan koswer ini. Kajian ini menggunakan pendekatan
kuantitatif melalui reka bentuk eksperimen kuasi untuk menilai keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran i-Media terhadap pencapaian, dan penilaian persembahan kursus, kandungan dan
motivasi terhadap pencapaian pembelajaran pelajar dewasa. Sampel terdiri daripada 56 pelajar
dewasa yang dipilih secara rawak dari sebuah universiti tempatan di Lembah Kelang, dibahagikan
kepada Kumpulan Rawatan (n=28) dan Kumpulan Kawalan (n=28). Dua instrumen kajian yang digunakan
adalah set soalan Ujian Pra dan Pasca untuk menilai pencapaian, manakala penilaian persembahan
kursus, kandungan dan motivasi diukur menggunakan borang Soal Selidik. Ana..... 1248 hits |