AbstractKajian ini bertujuan untuk membina dan mengesahkan Modul Latihan i-THINK
Teknologi dan Kehidupan Lestari Tahap Dua. Modul ini dibina berdasarkan langkahlangkah
model pembinaan modul Sidek. Kesahan kandungan dan kebolehpercayaan
modul ditentukan dengan mencari pekali persetujuan Cohen’s Kappa dan pekali
persetujuan Cronbach Alpha apabila modul dibina. Modul ini mengandungi
komponen nota, contoh soalan, kaedah penggunaan peta pemikiran i-THINK, bahan
pembelajaran, penilaian tugasan dan aktiviti pembelajaran. Seramai empat orang
panel pakar dilantik untuk menilai kesahan kandungan modul. 25 orang murid Tahun
Lima dalam satu kelas dipilih sebagai sampel kajian melalui kaedah persampelan
berkelompok bertujuan dari sebuah sekolah rendah, Daerah Kinta Selatan, Perak.
Sampel kajian mengikuti aktiviti-aktiviti dan latihan dalam modul selama sebulan dan
menjawab soal selidik kebolehpercayaan modul setelah menghabiskan modul. Respon
sampel kajian dianalisis untuk menguji kebolehperc.....