UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 2
Simplified search suggestions : Bejamin Liam
12020
Article
Unsur simbolisme dalam pengap gawai pangkung tiang
Bejamin Liam
Penyelidikan ini mengkaji unsur simbolisme dalam teks pengap gawai pangkung tiang masyarakat Iban di daerah Julau. Reka bentuk kualitatif menggunakan kaedah kajian kepustakaan dengan kajian lapangan.  Teori semiotik digunakan dalam kajian ini. Data diperolehi melalui kaedah pemerhatian dan temu bual. Analisis data menggunakan Model Bogdan dan Biklen (2007). Data dianalisis secara serentak bertujuan untuk menjelaskan maklumat secara terperinci. Sebanyak enam jenis teks dianalisis berkaitan unsur simbolisme. Unsur simbolisme dianalisis dalam teks pengap gawai pangkung tiang diperoleh daripada informan sumber dari kajian kepustakaan.  Simbol dalam pengap berkait rapat dengan persekitaran dan kehidupan harian masyarakat Iban. Mereka menganggap semua benda hidup dan benda bukan hidup mempunyai semengat atau roh dengan memberi sifat manusia kepada benda tersebut melalui simbol. Simbol muncul melalui pelbagai deria seperti pendengaran dan penglihatan. Terdapat enam kategori simbol dalam p.....

997 hits

22021
Thesis
Fungsi dan simbolisme puisi pengap dalam gawai pangkung tiang
Bejamin Liam
Kajian ini adalah bertujuan untuk meneroka puisi pengap gawai pangkung tiang dalam masyarakat Iban untuk menganalisis unsur-unsur simbolisme dan fungsinya serta menghuraikan ritual yang dijalankan. Kaedah kajian yang telah digunakan adalah pendekatan kualitatif yang menggabungkan kajian kepustakaan dengan kajian lapangan. Data diperoleh melalui pemerhatian dan temu bual serta dianalisis menggunakan Model Bogdan dan Biklen (2007) dan Model Tesch (1990) untuk menjelaskan unsur-unsur simbolisme serta fungsi puisi pengap tersebut. Sampel kajian diperolehi daripada penghulu, tuai rumah, tuai burung dan lemambang. Dapatan kajian menunjukkan bahawa fungsi pengap adalah untuk memohon keberkatan, perlindungan, kesihatan dan rezeki daripada deiti atau dewa. Kesimpulannya, unsur-unsur simbolisme dalam puisi pengap seperti simbol habitat, alam kosmos, deiti, manusia, tempat dan benda bukan hidup menunjukkan makna khusus dalam konteks fungsi ritual yang dijalankan oleh masyarakat Iban t.....

1476 hits

Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.