UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
Total records found : 2 |
Simplified search suggestions : Che Aleha Ladin |
1 | 2015 thesis | Pentaksiran berasaskan sekolah Pendidikan Seni Visual sekolah menengah Che Aleha Ladin Kajian ini bertujuan untuk meneroka pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Pendidikan Seni Visual di sekolah menengah. Secara khususnya, kajian ini meneliti proses pelaksanaan, strategi yang digunakan dalam PBS dan faktor-faktor yang mempengaruhi pelaksanaan PBS Pendidikan Seni Visual. Dalam kajian ini, pendekatan kajian kes kualitatif digunakan. Kajian dijalankan di dua buah sekolah menengah yang terletak di kawasan bandar dan luar bandar. Seramai sembilan orang peserta terlibat. Mereka terdiri daripada dua orang guru, empat orang pelajar, seorang pentaksir kawasan, seorang Ketua Pentaksir Negeri Perak dan seorang bekas Ketua Pentaksir Negeri Perak. Data dikumpul menggunakan kaedah temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Data yang dikumpul dianalisis secara deskriptif dan interpretif. Hasil kajian mendapati PBS Pendidikan Seni Visual dilaksanakan mengikut proses dan prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dengan adanya proses pemantauan dan peny..... 1040 hits |
2 | 2007 thesis | Perlaksanaan penilaian formatif dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual-satu kajian kes Che Aleha Ladin Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui perlaksanaan penilaian formatif dalam pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Seni. Fokus kajian adalah untuk mengetahui bagaimana penilaian
formatif dilaksanakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan Seni Visual,
pengetahuan guru dalam menjalankan penilaian formatif dan kesesuaian perlaksanaan penilaian
formatif berdasarkan Kurikulum Pendidikan Seni Visual. Kajian mt adalah satu kajian kes
yang menggunakan pendekatan kualitatif bagi menjelaskan permasalahan kajian secara menyeluruh.
Kaedah yang digunakan ialah kaedah temu bual, kaedah pemerhatian, kaedah soal selidik, kajian
dokumen dan rakaman audio visual. Sekolah yang dipilih adalah sebuah sekolah Cina iaitu Sekolah
Menengah Jenis Kebangsaan Pei Yuan, Kampar Perak yang terletak di Daerah Kinta Selatan Perak
melibatkan lima responden yang dipilih secara rawak terdiri daripada guru-guru yang mengaj..... 4 hits |