UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 4 |
Simplified search suggestions : Che Hasniza Che Noh |
1 | 2019 thesis | Menilai pelaksanaan program guru penyayang terhadap murid orang Asli daerah Tapah melalui model KIPP Hasniza Othman Tujuan kajian ini adalah untuk menilai sejauh mana keberkesanan PGP terhadap murid
Orang Asli di sekolah menengah di Daerah Tapah, Perak. Faktor yang dikaji adalah
persepsi guru terhadap dimensi Konteks (hasrat KPM), Input (LADAP dan fizikal bilik
darjah), Proses (kesediaan, pemahamanan dan aktiviti PGP) dan Produk (objektif PGP,
sikap dan pengetahuan murid Orang Asli) menggunakan Model Penilaian KIPP
Stufflebeam. Pendekatan kuantitatif dengan rekabentuk kaedah tinjauan telah
digunakan dalam kajian ini. Pemilihan subjek kajian dijalankan secara sensus di mana
semua populasi dijadikan sampel kajian melibatkan 200 orang guru sekolah menengah
yang mengajar murid Orang Asli. Instrumen kajian yang digunakan ialah satu set
borang soal selidik yang mempunyai 69 item soalan objektif berskala Likert Lima Mata.
Data dianalisis menggunakan perisian SPSS Versi 23.0 menggunakan analisis deskriptif
dan inferensi. Analisis deskriptif menjelaskan tahap persepsi guru manakala statistik
infe..... 1366 hits |
2 | 2022 article | Hubungan penggunaan e-pembelajaran dengan kompetensi komunikasi pelajar di Universiti Malaysia Terengganu Che Hasniza Che Noh Kajian ini bertujuan mengenal pasti keberkesanan e-pembelajaran sebagai medium pengajaran dan pembelajaran kursus komunikasi. Seramai 260 pelajar yang mengikuti kursus Komunikasi terlibat dalam kajian Fasa 1 iaitu pada minggu awal semester, manakala seramai 189 pelajar terlibat pada Fasa ke 2 iaitu pada minggu akhir semester. Kompetensi komunikasi diukur berdasarkan skala Personal Report of Communication Apprehension manakala keberkesanan penggunaan e-pembelajaran oceania berdasarkan kepada dua dimensi iaitu sikap dan niat terhadap penggunaan e-pembelajaran. Analisis menunjukkan terdapat perbezaan min yang signifikan bagi setiap dimensi komunikasi pengucapan awam, kumpulan kecil, mesyuarat dan perbualan biasa. Kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara penggunaan e-pembelajaran dan kompetensi komunikasi. Kajian ini memberi implikasi bahawa e-pembelajaran adalah platform pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian kerana mampu meningkatkan kompetensi komunikasi me..... 283 hits |
3 | 2023 article | Algebraic thinking ability test (ATAT) measuring 7th grade students using rasch measurement model Hasniza Ibrahim Algebraic ability is crucial for students to master; however, studies have shown that many students struggle with learning algebra. In the Malaysian context, there is a lack of specific instruments to measure the algebraic ability of 13-year-old or 7th grade students. This study aims to develop a valid and reliable instrument to measure the algebraic thinking ability of 7th grade students in Malaysia. The Algebraic Thinking Ability Test (ATAT) assessment utilized the Winsteps Rasch Measurement Model. Fifteen main question items were selected, each further divided into subsections and treated as individual items, resulting in a total of twenty-seven items. These items were adapted and modified from the Form One or 7th grade Mathematics Textbook and TIMSS Mathematics questions. Each item had a different rating scale; thus, the Partial Credit Model (Group 0) was applied for analysis. The newly developed instrument was administered to 93 students from government schools in Selangor, Malays..... 37 hits |
4 | thesis | Perkongsian maklumat peribadi di media sosial dan kaitannya dengan buli siber Raja Muhammad Faiz Raja Hassan Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tentang perkongsian maklumat peribadi pelajar di
media sosial dengan kekekerapan menjadi mangsa buli dan kecenderungan menjadi
pembuli siber. Kajian kuantitatif ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan soal-selidik.
Soal selidik ini telah diubah suai daripada Che Hasniza Che Noh (2014). Sampel kajian
adalah seramai 132 orang pelajar dari program Diploma Rangkaian Komputer dan Diploma
Produksi Media Digital Kreatif di Kolej Profesional Mara Indera Mahkota (KPMIM), Pahang.
Dapatan kajian dianalisis secara statistik deskriptif; kekerapan, peratusan, min, sisihan
piawai dan indeks relatif serta statistik inferensi; ujian t sampel bebas dan ujian korelasi
pearson. Kajian mendapati jenis maklumat peribadi yang kerap dikongsikan di media sosial
oleh pelajar adalah gambar sendiri (70.5%), perkongsian minat (64.4%) dan tarikh lahir
(51.5%). Jenis media sosial yang kerap digunakan oleh pelajar adalah Instagram (93.9%),
Tik Tok (77.3%) dan Fa..... 327 hits |