AbstractStatistik melaporkan penglibatan remaja perempuan dalam tingkah laku delinkuensi semakin meningkat. Kajian literatur menunjukkan salah satu aspek yang menyumbang kepada delinkuensi dalam kalangan remaja perempuan ialah keadaan persekitaran keluarga seperti penglibatan keluarga dalam jenayah, status sosioekonomi keluarga, penderaan seksual atau fizikal, kurangnya hubungan kemesraan dengan ibu bapa dan kelemahan kawalan ibu bapa. Justeru itu, artikel ini bertujuan menganalisis apakah faktor keluarga yang menyumbang kepada penglibatan remaja perempuan dalam tingkahlaku delinkuensi. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dalam mengumpul data dan menganalisis data. Responden yang dipilih adalah berdasarkan persampelan bertujuan dan mendapat persetujuan daripada mereka untuk dilibatkan sebagai subjek kajian. Data dikumpulkan melalui temubual separa struktur iaitu pengkaji menyediakan senarai soalan yang berkaitan terlebih dahulu. Data seterusnya dianalisis menggunakan analisis tematik. Has.....