|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Total records found : 1 |
| Simplified search suggestions : Che Wan Sakilah Che Wan Ahmad |
| 1 | 2017 Thesis | Pengetahuan,sokongan dan kelengkapan serta amalan pentaksiran berasaskan sekolah di sekolah rendah Che Wan Sakilah Che Wan Ahmad Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
(PBS) dalam kalangan guru-guru sekolah rendah di Daerah Hulu Terengganu. Elemen
yang dikaji adalah pengetahuan, kelengkapan dan sokongan, serta amalan guru
sekolah rendah terhadap pelaksanaan PBS. Seramai 100 orang guru telah dijadikan
sampel. Kajian ini telah dijalankan secara tinjauan dengan menggunakan borang soal
selidik sebagai instrumen kajian. Data telah dianalisis menggunakan analisis statistik
deskriptif dan inferensi, menggunakan perisian Statistical Package for Social Science
(SPSS). Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan guru terhadap PBS berada
pada tahap yang tinggi (min = 4.29), manakala tahap kelengkapan dan sokongan
berada pada tahap yang sederhana (min =2.94 ) serta tahap amalan PBS berada pada
tahap yang tinggi (min = 4.23). Kajian juga mendapati tiada perbezaan yang
signifikan antara kelayakan akademik dengan amalan PBS (p = 0.156). Akan tetapi
terdapat perbezaan yang si..... 1305 hits |