UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 2 |
Simplified search suggestions : Chelvi Murugayya |
1 | 2022 article | Analisis pengaplikasian kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Sains di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Daerah Kinta Utara, Perak Chelvi Murugayya Kajian ini menganalisis masalah dalam pengaplikasian kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Sains di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) melalui kaedah Hermeneutik. Pendekatan kualitatif telah digunakan dalam kajian ini. Penyelidikan ini tertumpu kepada 10 buah Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) di Daerah Kinta Utara, Perak. Seorang guru dari setiap sekolah dilantik menjadi responden untuk kajian ini. Data diperolehi melalui hasil triangulasi daripada soal selidik, temu bual dan pemerhatian. Hasil kajian menunjukkan bahawa responden masih menghadapi pelbagai masalah ketika mengaplikasikan kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Sains. Ini kerana, responden masih tidak menguasai kemahiran berfikir secara menyeluruh. Tambahan pula, kekurangan bahan rujukan, kekangan masa dan kekurangan kemudahan makmal menjadi sebab utama untuk tidak dapat melaksanakan pengaplikasian kemahiran berfikir dalam pengajaran secara berkesan. Ini menyebabkan murid menghadapi ..... 511 hits |
2 | 2022 thesis | Kemahiran proses sains dan aplikasi kemahiran berfikir dalam subjek Sains di SJK (Tamil) Daerah Kinta Utara Perak Chelvi Murugayya Kajian ini bertujuan untuk menganalisis pengajaran dan pembelajaran kemahiran
proses sains (KPS) dan pengaplikasian kemahiran berfikir (KB) dalam subjek Sains di
Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) melalui kaedah Hermeneutik. Pendekatan
kualitatif telah digunakan dalam kajian ini. Penyelidikan ini tertumpu kepada 10 buah
Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) di Daerah Kinta Utara, Perak. Seorang guru dari
setiap sekolah dilantik menjadi responden untuk kajian ini. Data diperoleh melalui
hasil triangulasi daripada soal selidik, temu bual dan pemerhatian. Masalah-masalah
yang dihadapi oleh guru Sains dalam pengajaran dan pembelajaran KPS dan
pengaplikasian KB dalam subjek Sains serta cara mengatasinya telah dianalisis dalam
kajian ini. Seterusnya, cara menggabungjalinkan KPS dan KB dalam mata pelajaran
Sains turut dianalisis dalam penyelidikan ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
responden masih menghadapi pelbagai masalah ketika mengajar KPS dan
pengaplikasian KB dalam pengajaran ..... 374 hits |