UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

1 record(s) found

Simplified search suggestions : Chuah Hong Ngee
1
Abstract
Kajian ini bermatlamat untuk meninjau tahap pentadbiran dan kepimpinan guru-guru dalam mempengaruhi pencapaian kokurikulum murid di sekolah-sekolah yang terletak di daerah Kinta Selatan, Perak. Dalam komponen pentadbiran, faktor-faktor yang dikaji terdiri daripada segi perancangan, pengawalan dan penilaian. Dalam komponen kepimpinan guru, tiga aspek dari segi kesediaan, pengetahuan dan komitmen ditinjau terhadap pencapaian kokurikulum murid. Sampel kajian terdiri daripada 240 orang guru penasihat kokurikulum daripada 15 buah sekolah jenis kebangsaan cina di daerah Kinta Selatan, Perak. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan kaedah deskriptif dan ujian korelasi Pearson. Dalam kajian ini, tahap diukur mengikut skala yang dibina berdasarkan skor min iaitu tahap rendah (1.00-2.33), tahap sederhana (2.34-3.66) dan tahap tinggi (3.67-5.00). Dapatan kajian menunjukkan tahap pentadbiran dalam mempengaruhi pencapaian kokurikulum.....
Thesis Published 2015 2400 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.