UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

2 record(s) found

Simplified search suggestions : Chuah Kee Ping
1
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis kesilapan sebutan nada serta membanding persepsi pelajar terhadap kesukaran sebutan nada dan kesilapan sebenar dalam sebutan nada Bahasa Mandarin dalam kalangan pelajar Melayu. Kajian deskriptif berdasarkan tinjauan ini melibatkan 88 orang pelajar UiTM yang mengikuti kursus Bahasa Mandarin sebagai subjek kajian ini. Rakaman suara bacaan sebutan kata dwisuku dianalisis dengan perisian Praat untuk menganalisis dan mengenal pasti kesilapan sebutan nada. Soal selidik diedarkan kepada subjek kajian untuk mengenal pasti dan menganalisis serta membanding persepsi pelajar terhadap kesukaran sebutan nada kata dwisuku dengan kesilapan sebenar yang dilakukan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa persepsi pelajar terhadap kesilapan sebutan nada adalah tidak selaras dengan hasil analisis sebenar. Maka, penekanan terhadap semua kategori sebutan nada kata dwisuku adalah diperlukan. Kesilapan interlingual, intralingual, dan developmental dan pers.....
Thesis Published 2016 3061 hits Available
2
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan dan menilai keberkesanan Modul DialogKopitiam terhadap kemahiran mendengar dan bertutur serta motivasi pembelajaran Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan (BCSK) dalam kalangan murid Tahun Empat. Modul DialogKopitiam yang dibangunkan adalah berdasarkan Model Morrison, Ross, Kalman dan Kemp (MRKK) 2013. Kajian kuasi eksperimen dengan reka bentuk ujian pra dan ujian pasca telah dijalankan untuk menilai keberkesanan Modul DialogKopitiam terhadap pencapaian dan motivasi. Instrumen yang digunakan ialah Ujian Pencapaian Mendengar (UPD), Ujian Pencapaian Bertutur (UPB), dan Soal Selidik Sistem Motivasi Kendiri B2 (Second Language Motivational Self System, L2MSS). Keputusan ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian dalam UPD dan UPB. Manakala, keputusan MANOVA pengukuran berulang menunjukkan komponen Ideal Bahasa Kedua Kendiri (Ideal L2 Self, IL2S), Keperluan Bahasa Kedua Kendiri (Ought to L2 Self, OL2S) dan Pengalaman .....
Thesis Published 2023 6040 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.