AbstractKajian ini bertujuan untuk membina sebuah Modul Bahasa Seni Visual (BSV) bagi guru-guru bukan opsyen Pendidikan Seni Visual yang mengajar di tingkatan satu. Kajian ini mengaplikasikan reka bentuk model yang diadaptasi Modul Sidek (2001) dan Model Dick and Reiser (1989) sebagai landasan utama. Kajian kes melibatkan responden 3 orang guru bukan opsyen pendidikan seni sekolah menengah di sekitar Kota Bharu yang telah dipilih bagi mengenalpasti masalah pengajaran dan pemudahcaraan serta keperluan Modul BSV dalam Bidang Bahasa Seni Visual. Manakala batasan sampel 30 orang murid dari 3 buah sekolah yang sama terlibat dalam pelaksanaan modul BSV ini. Keberkesanan Modul BSV sebagai bahan pengajaran dan pemudahcaraan dianalisis dan di ukur secara kualitatif antara guru dan murid melalui soal selidik, pemerhatian dan temu bual terutamanya yang berunsur emosi, motivasi, dan empati (memahami orang lain) yang berkait dengan manusia, kumpulan tertentu atau keadaan semulajadi (Chua, 2006). Manakala k.....