| 
              UPSI Digital Repository (UDRep)               |   | 
| 
 | 
| Total records found : 2 | 
| Simplified search suggestions : Dashwini Selvam | 
| 1 | 2022 Article | Pengetahuan dan kemahiran guru Pendidikan Khas dalam melaksanakan program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Masalah Pendengaran Dashwini Selvam Kajian ini bertujuan untuk meneroka cabaran yang dihadapi oleh guru Pendidikan Khas di program PPKI Masalah Pendengaran dari aspek pengetahuan dan kesediaan guru Pendidikan khas yang mengajar murid masalah pendengaran. Kajian kualitatif dengan reka bentuk kajian kes ini telah melibatkan enam orang guru pendidikan khas masalah pendengaran dari Program Pendidikan Khas Integrasi di salah sebuah sekolah rendah di negeri Selangor. Dengan menggunakan teknik pensampelan bertujuan. Kajian ini melibatkan dua pendekatan kaedah pengumpulan data iaitu temu bual dan pemerhatian. Data kajian ini dianalisis secara tematik dengan menggunakan Perisian Nvivo versi 12. Hasil kajian ini mendapati bahawa beberapa responden kajian kurang pengetahuan dan pengalaman dalam mengajar Murid Berkeperluan Khas Masalah Pendengaran rentetan daripada kebanyakan responden kajian ini tidak mempunyai kelayakan akademik dalam pengkhususan bidang pendidikan khas masalah pendengaran serta ditambah dengan tahap kemahiran ber..... 397 hits | 
| 2 | 2024 Thesis | Amalan pengajaran guru Pendidikan Khas terhadap Murid Berkeperluan Pendidikan Khas ketidakupayaan pendengaran di Program Pendidikan Khas Integrasi Dashwini Selvam Kajian ini bertujuan untuk meneroka tiga objektif kajian utama iaitu amalan pengajaran
guru pendidikan khas kepada Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK)
ketidakupayaan pendengaran dalam Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dengan
mengenal pasti cabarancabaran yang dihadapi oleh guru-guru pendidikan khas dalam
amalan mengajar MBPK ketidakupayaan pendengaran serta menghimpun pelbagai
cadangan untuk menghasilkan modul panduan amalan pengajaran guru pendidikan
khas. Kajian kualitatif yang berbentuk kajian kes ini melibatkan enam orang guru
pendidikan khas dari salah sebuah PPKI di Selangor dan tiga kaedah pengumpulan data
telah ditadbir iaitu temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Analisis data
dilakukan melalui kaedah triangulasi secara manual. Dapatan objektif kajian pertama
menunjukkan bahawa terdapat enam tema terhadap amalan pengajaran kepada MBPK
ketidakupayaan pendengaran iaitu teknik mengajar yang pelbagai, persediaan guru,
pengurusan bilik darjah, teknik ..... 881 hits |