UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Doraya Gerry |
1 | 2021 article | Perubahan fungsi dan seni persembahan Kuntau di Kampung Bayur, Balai Ringin, Sarawak Doraya Gerry Persembahan Kuntau merupakan sebuah kesenian rakyat masyarakat Iban di rumah panjang. Kuntau adalah seni membela diri daripada serangan musuh yang hanya dilakukan oleh kaum lelaki. Kebiasaannya kaum lelaki yang membawa Kuntau dipanggil sebagai bujang berani. Namun, setelah berlakunya perubahan zaman, persembahan Kuntau telah dipentaskan sebagai sebuah hiburan semasa hari perayaan iaitu Hari Gawai Dayak. Kajian ini bertujuan untuk menghuraikan perubahan fungsi yang melibatkan pandangan masyarakat Iban di Kampung Bayur, Balai Ringin, Sarawak. Selain itu, kajian ini untuk mengetahui seni persembahan Kuntau dari aspek persembahan pentas. Reka bentuk kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah reka bentuk kualititatif yang melibatkan kaedah temu bual dan rakaman video. Pengkaji telah membuat temu bual beberapa responden yang berpengaruh dikenali sebagai Guro Kuntau, tokoh budayawan dan ahli akademik. Dapatan kajian mendapati bahawa persembahan Kuntau telah berlaku perubahan yang melibatkan..... 445 hits |