UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

2 record(s) found

Simplified search suggestions : Elena Cheah
1
Abstract
Kajian ini bertujuan menganalisis isu sosial yang mengesani hubungan Malaysia- Australia semasa pemerintahan Mahathir Mohamad antara 1981 hingga 2003. Isu sosial yang diberi tumpuan ialah pelarian, perundangan dan pendidikan. Kajian ini turut menilai setiap langkah yang diambil oleh kedua negara khususnya pemimpin Malaysia yang menerima kesan langsung daripada kemunculan isu tersebut. Kajian ini menggunakan metodologi Sejarah dengan pendekatan kualitatif. Kaedah sejarah meliputi empat peringkat iaitu heuristik atau pengumpulan bahan, kritikan sumber, pentafsiran sumber dan diakhiri dengan penulisan sejarah atau historiografi. Sesuai dengan pendekatan kualitatif, proses pengumpulan bahan banyak menggunakan kaedah penyelidikan kepustakaan atau kajian ke atas sumber bertulis yang terdiri daripada sumber primer dan sumber sekunder. Sumber primer terdiri daripada sumber arkib yang terdiri daripada surat rasmi, dokumen dan gambar. Sumber sekunder pula terdiri daripada buku, jurna.....
Thesis Published 2021 2251 hits Available
2
Abstract
Kerjasama pendidikan antara Malaysia dengan Australia bukanlah sesuatu yang baharu tetapi berlangsung sejak dari kemerdekaan Malaysia pada 1957. Kerjasama tersebut meliputi penyediaan peluang pengajian di universiti Australia dan penawaran biasiswa kepada pelajar. Objektif utama artikel ini ialah menganalisis reaksi Malaysia terhadap dasar pendidikan Australia yang dilihat tidak adil terhadap pelajar Malaysia di negara tersebut. Artikel ini menggunakan kaedah kualitatif menerusi kajian sejarah berasaskan instrumen analisis dokumen. Hasil penyelidikan yang dijalankan mendapati bahawa reaksi Malaysia terhadap Australia lebih berbentuk bantahan yang membawa kepada kemerosotan jumlah pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran ke Australia. Reaksi tersebut juga memperlihatkan peningkatan kesedaran dalam kalangan pemimpin Malaysia untuk mempertingkatkan tahap pencapaian pendidikan di negara tersebut agar setaraf dengan negara maju. Implikasi kajian menunjukkan perlunya satu dasar pendidikan.....
Article Published 2021 890 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.