|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Total records found : 1 |
| Simplified search suggestions : Farah Mardinawatiee Kamarudin |
| 1 | 2024 Thesis | Hubungan amalan motivasi pengurusan pentadbir sekolah dengan kepuasan kerja guru dalam kalangan guru-guru sekolah menengah kebangsaan di negeri Perak Farah Mardinawatiee Kamarudin Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara amalan motivasi pengurusan pentadbir sekolah dengan tahap kepuasan kerja guru dalam kalangan guruguru sekolah menengah kebangsaan di negeri Perak. Fokus kajian ini adalah pada empat dimensi utama amalan pengurusan pentadbir sekolah: pengiktirafan bukan kewangan, pembangunan profesional guru, persekitaran kerja, dan penglibatan dalam pengurusan sekolah. Tahap kepuasan kerja guru dinilai berdasarkan prestasi kerja, komitmen kerja, kesetiaan, dan pengekalan. Kajian ini juga mengenal pasti perbezaan tahap kepuasan kerja berdasarkan jantina, tahap pendidikan, dan tempoh perkhidmatan guru. Seramai 375 guru dari 12 buah sekolah menengah kebangsaan telah dipilih secara rawak mudah sebagai responden. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan kaedah soal selidik untuk pengumpulan data. Kebolehpercayaan instrumen disahkan dengan nilai Alpha Cronbach 0.942 untuk amalan motivasi pengurusan dan 0.944 untuk kepuasan kerja. Hasil kaj..... 4 hits |