UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Farinah Ismail |
1 | 2022 thesis | Penghijrahan dan petempatan masyarakat Banjar di Kerian, Perak 1905-1947 Farinah Ismail Penulisan ini adalah sebuah kajian tentang penghijrahan dan petempatan masyarakat
Banjar di Kerian, Perak dari tahun 1905 sehingga 1947. Masyarakat Banjar adalah
salah satu etnik dari Indonesia yang telah berhijrah ke Tanah Melayu sewaktu
pemerintahan British. Masyarakat Banjar memilih kawasan pantai barat untuk
dijadikan petempatan Tanah Melayu khususnya di Kerian, Perak. Antara kawasan
petempatan mereka ialah di Parit Buntar, Tanjung Piandang, Kuala Kurau, Bagan
Serai, Semanggol dan Changkat Jering. Objektif kajian ini dijalankan bertujuan untuk
membincangkan isu penghijrahan masyarakat Banjar ke Tanah Melayu dan Perak
menjadi kawasan penempatan majoriti etnik ini. Faktor yang mendorong penghijrahan
yang berlaku turut dibincangkan untuk kefahaman bersama. Kajian ini bakal
mendedahkan cabaran yang dilalui masyarakat Banjar untuk hidup dengan
masyarakat tempatan dan cabaran mereka dalam mengekalkan adat dan budaya
mereka. Kajian ini juga akan turut mendedahkan peranan yang ..... 1907 hits |