|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Total records found : 1 |
| Simplified search suggestions : Farizan Che Musa |
| 1 | 2020 Thesis | Penilaian kompetensi guru dalam pengajaran kemahiran motor halus murid berkeperluan pendidikan khas masalah pembelajaran Farizan Che Musa Kajian tinjauan ini bertujuan untuk menilai kompetensi guru dalam pengajaran kemahiran motor halus bagi murid berkeperluan pendidikan khas masalah pembelajaran. Berdasarkan Model Kompetensi Bungkah Ais Batu, tiga aspek kompetensi guru dipilih dalam kajian ini, iaitu kesedaran, pengetahuan dan kemahiran pengajaran. Objektif kajian juga untuk melihat hubungan antara kesedaran dan pengetahuan, pengetahuan dan kemahiran pengajaran guru serta kemahiran pengajaran dan kesedaran guru tentang kemahiran motor halus dalam pengajaran berdasarkan faktor demografi iaitu pengalaman mengajar pendidikan khas. Populasi kajian adalah terdiri daripada 437 guru Pendidikan Khas Integrasi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Berdasarkan jadual saiz sampel Krejcie dan Morgan, seramai 204 orang guru pendidikan khas telah dipilih secara persampelan rawak berlapis. Instrumen soal selidik berkonsepkan atas talian aplikasi google form digunakan bagi memperoleh data. Instrumen kajian telah disahkan oleh 11 orang p..... 2452 hits |