UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 3
Simplified search suggestions : Fathin Noor Ain Ramli
12018
article
Pendidikan sastera Melayu memperkukuhkan pembinaan karakter pelajar
Fathin Noor Ain Ramli
Pengajaran Sastera Melayu di sekolah adalah untuk melengkapkan pelajar dengan ilmu sastera selain memupuk rasa bangga terhadap bahasa dan kesusasteraan Melayu dalam pendidikan, seterusnya membina kerjaya ke arah pemantapan cita rasa sastera dalam kalangan masyarakat. Penulisan kertas kerja ini memperlihatkan dapatan tentang keupayaan Pendidikan Sastera Melayu khususnya teks komsas sekolah menengah dalam usaha untuk memperkukuhkan pembinaan karakter pelajar. Penelitian tekstualiti ini berasaskan kepada kajian kualitatif dengan menggunakan Teori Sosiologi Sastera yang menganalisis sesebuah karya sastera sebagai suatu reaksi peristiwa yang terjadi dalam masyarakat. Dapatan penelitian ini membuktikan tanggapan pelajar bahawa pembacaan terhadap bacaan sastera yang mereka pelajari dalam Pendidikan Sastera Melayu terutamanya Komsas dapat mempengaruhi pembinaan karakter yang berteraskan sopan santun dan beretika. Sopan santun pelajar boleh dilihat dari kesantunan berbahasa yang merujuk kepada .....

432 hits

22019
article
Pengurusan identiti bangsa dalam trilogi karya Hamka: suatu pengenalan
Fathin Noor Ain Ramli
Penulisan makalah ini bertujuan memperlihatkan penggunaan prinsip pengurusan untuk mengetahui prinsip yang terdapat dalam pengurusan identiti bangsa yang berasaskan daripada penyelidikan Pengurusan Identiti Bangsa dalam Trilogi Karya Hamka. Antara objektif kajian ialah mengenalpasti pengurusan identiti bangsa Melayu dan melihat kesesuaian Teori Teksdealisme dalam menganalisis pengurusan identiti bangsa yang terdapat dalam trilogi novel Hamka iaitu Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Merantau Ke Deli dan Di Bawah Lindungan Ka’bah. Penelitian yang berbentuk tekstualiti ini adalah penelitian yang berasaskan kajian kualitatif. Teori Teksdealisme telah dijadikan sebagai landasan utama dan digabungkan bersama 14 Prinsip Asas Pengurusan oleh Henry Fayol. Empat prinsip Teori Teksdealisme iaitu prinsip kehadiran, prinsip pelanggaran, prinsip pengukuhan dan individualisme diaplikasikan bagi melihat proses pembentukan identiti bangsa dalam novel tersebut. Manakala 14 Prinsip Asas Pengurusan oleh .....

360 hits

32022
thesis
Pengurusan identiti bangsa dalam trilogi karya Hamka
Fathin Noor Ain Ramli
Kajian ini berasaskan kepada tiga objektif, pertama mengenal pasti prinsip yang terdapat dalam pengurusan identiti bangsa, kedua menganalisis pengurusan identiti bangsa Melayu berdasarkan 14 Prinsip Pengurusan Henry Fayol dan ketiga, merumuskan kesesuaian Teori Teksdealisme untuk menganalisis pengurusan identiti bangsa dalam trilogi novel Hamka iaitu Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (TKVDW), Merantau Ke Deli (MKD) dan Di Bawah Lindungan Ka’bah (DBLK). Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan kaedah kepustakaan dan analisis teks. 14 Prinsip Pengurusan Henry Fayol telah diaplikasikan sepenuhnya bagi melihat pengurusan identiti bangsa yang terdapat di dalam trilogi novel Hamka. Selain itu, Teori Teksdealisme turut diaplikasikan dalam melihat kesesuaiannya bagi penelitian pengurusan identiti. Empat elemen yang dikenal pasti memainkan peranan dominan dalam pembentukan identiti bangsa Melayu iaitu budaya, imej, bahasa dan agama menjadi komponen utama yang dilihat.....

428 hits

Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.