UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 4
Simplified search suggestions : Fatimah Mohd Zulkafaly
12016
article
Analisis pengajaran guru dalam mata pelajaran Matematik ke arah aplikasi kognisi dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah melalui Kaedah Hermeneutik
Nachiappan Suppiah, Rengasamy Kanmani, Maniam Vishananthini, Ganaprakasam Charles, Mohd Zulkafaly Fatimah,
Kajian ini adalah untuk menganalisis pengajaran mata pelajaran Matematik ke arah aplikasi kognisi dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) di sebuah sekolah rendah melalui Kaedah Hermeneutik. Kajian ini melibatkan enam orang guru yang mengajar mata pelajaran Matematik KSSR di sebuah sekolah rendah yang terletak di Sungai Siput (U), daerah Kuala Kangsar. Sampel kajian adalah berdasarkan borang soal selidik yang diedarkan kepada mereka. Hasil kajian didapati terdapat tiga masalah utama yang dihadapi oleh murid, iaitu sukar memahami konsep matematik, sukar mengingati istilah atau kata kunci matematik dan juga masalah dalam penyelesaian masalah matematik. Guru juga menghadapi tiga masalah utama dalam pengajaran Matematik, iaitu bahan rujukan matematik kurang, guru tidak berpengalaman atau guru bukan opsyen Matematik dan masa pengajaran dan pembelajaran Matematik tidak mencukupi. Hasil kajian juga menunjukkan tiga kaedah penting yang boleh digunakan oleh guru semasa mengajar Matematik.....

2070 hits

22015
thesis
Gaya kognisi dan gaya pengajaran dalam kalangan guru sekolah menengah
Fatimah Mohd Zulkafaly
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan antara gaya kognisi dan gaya pengajaran dalam kalangan guru sekolah menengah. Sampel kajian diberi borang kaji selidik yang memiliki tahap kebolehpercayaan yang tinggi. Berdasarkan analisis statistik pekali Cronbach Alpha, indeks kebolehpercayaan bagi konstruk gaya kognisi sistematik adalah 0.84 (n=18). Manakala, indeks kebolehpercayaan bagi konstruk gaya kognisi intuitif adalah 0.75 (n=18). Indeks kebolehpercayaan bagi konstruk gaya pengajaran reproduktif adalah 0.68 (n=5), konstruk gaya pengajaran analitikal adalah 0.83 (n=18), konstruk gaya pengajaran kreatif adalah 0.78 (n=7) dan konstruk gaya pengajaran praktikal adalah 0.76 (n=6). Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat hubungan signifikan antara gaya kognisi dan gaya pengajaran praktikal (r=0.59, p..

1533 hits

32014
article
The analysis of cognition and affection style in Malay essay of secondary school students through hermeneutic pedagogy method
Nachiappan Suppiah, Vijain Kumar Nisha Nair, Mohd Zulkafaly Fatimah, Sharom Siti Shakina, Akorede Quadri Mojeed, Andi Harikrishnan,
In the teaching and learning of Malay language in schools, writing essays is an important component. In this study, six samples of good essays have been selected for analysis. Samples consist of students in Form 2 from a school Malaysia. Hermeneutics Pedagogical method is used to analyze student essays to identify styles of cognition and affection involved in essay writings. The results of hermeneutics pedagogy method give interpretations through style interpretation of cognition and affection experienced by students in the subconscious and conscious mind during essay writing. Results show that the students will be able to extract information and past experiences of long-term memory and short term memory assisted through the style of cognition and affection. Students then apply the elements of emotions or feelings to enable them to produce good passages...

2792 hits

42018
thesis
Hubungan antara konflik peranan,kesamaran peranan,motivasi kerja dan strategi daya tindak dengan tekanan kerja dalam kalangan anggota Polis DiRaja Malaysia
Fatimah Mohd Zulkafaly
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara konflik peranan, kesamaran peranan dan motivasi kerja dengan tekanan kerja dalam kalangan anggota Polis Diraja Malaysia. Kajian ini juga mengenal pasti pengaruh strategi daya tindak sebagai pemboleh ubah pengantara antara konflik peranan, kesamaran peranan, dan motivasi kerja dengan tekanan kerja dalam kalangan anggota Polis Diraja Malaysia. Reka bentuk kajian menggunakan kaedah tinjauan bagi mengumpul data. Sampel kajian terdiri daripada 268 orang anggota Polis Diraja Malaysia yang dipilih secara pensampelan rawak strata. Instrumen kajian diadaptasi daripada Instrumen Konflik Peranan dan Kesamaran Peranan bagi mengukur konstruk konflik peranan dan kesamaran peranan. Manakala, Instrumen Motivasi Kerja diadaptasi daripada Deci dan Ryan. Instrumen Strategi Daya Tindak oleh Endler dan Parker diadaptasi bagi mengukur konstruk strategi daya tindak. Manakala, Instrumen Depresi Kebimbangan Tekanan oleh Lovibond dan Lovibond.....

1614 hits

Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.