|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Total records found : 1 |
| Simplified search suggestions : Gayeithere Krishinan |
| 1 | 2022 Thesis | Analisis proses kognisi dalam penulisan karangan Bahasa Tamil sekolah menengah melalui Kaedah Hermeneutik Gayeithere Krishinan Kajian ini dijalankan untuk menganalisis proses kognisi dalam karangan Bahasa Tamil
dalam kalangan murid Tingkatan Empat di sebuah sekolah menengah di Ipoh, Perak.
Kajian ini dijalankan untuk mencapai tiga objektif iaitu mengenal pasti karangan yang
cemerlang, baik dan memuaskan, masalah yang dihadapi oleh murid dalam pengajaran
dan pembelajaran dan bagaimana proses kognisi mempengaruhi penulisan karangan
Bahasa Tamil murid sekolah Menengah. Kaedah Hermeneutik sebagai metodologi
kualitatif dan interpretif digunakan untuk menganalisis karangan murid. Sebanyak 38
sampel karangan Bahasa Tamil murid Tingkatan Empat digunakan untuk dianalisis
dalam kajian ini. Proses kognisi yang dikenal pasti wujud sepanjang penghasilan
karangan oleh murid ialah proses mengingat semula, menyusun semula idea dan
mengaitkan idea dengan pengalaman lampau. Bagi kategori karangan yang cemerlang,
penyampaian isi yang ditulis adalah jelas. Pengolahan idea berlaku dengan baik semasa
menulis karangan ol..... 1257 hits |