AbstractKajian ini bertujuan untuk menganalisis unsur-unsur sejarah baharu dalam novel `1515` dari perspektif Persejarahan Baharu. Kajian ini adalah sebuah kajian kepustakaan. Sumber utama data kajian ialah novel `1515` karya Faisal Tehrani (2003). Data dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan dan dibincangkan secara deskriptif berpandukan idea teori Historisisme Baru oleh Stephen J. Greenblatt. Berdasarkan analisis yang dilakukan, kajian ini mendapati enam unsur sejarah baharu yang penting yang dapat dikenal pasti iaitu kisah watak wanita Nyemah Mulya dalam era pemerintahan sultan Mahmud Shah, kisah keperwirawati tokoh wanita Nyemah Mulya menentang Feringgi di Melaka, Alfonso Albuquerque mati dibunuh Nyemah Mulya, tokoh wanita memimpin armada perang Melaka menyerang Lisbon, Portugal ditakluk Melaka dan orang Melayu membina empayar pemerintahan di Portugal pada tahun 1515 hingg 1580. Kajian ini juga mendapati unsur sejarah baharu yang terdapat dalam novel mempunyai kaitan langsung deng.....