|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Total records found : 2 |
| 1 | 2019 Thesis | Keberkesanan pendekatan konstruktivisme dalam meningkatkan kemahiran komunikasi Matematik pelajar sekolah menengah pertama Hadijah Kajian ini untuk menentukan keberkesanan pendekatan konstruktivisme dalam
meningkatkan kemahiran komunikasi matematik pelajar sekolah menengah pertama di Bandar Paser,
Indonesia. Kaedah kuasi eksperimen digunakan dalam kajian ini. Sampel kajian ini melibatkan pelajar
kelas VII seramai 183 daripada tiga sekolah menengah pertama, masing-masing mewakili pelajar bagi
sekolah berpencapaian tinggi, sederhana dan rendah sesuai dengan keputusan Jabatan Pendidikan
Bandar Paser. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini iaitu ujian pra-pasca, soal selidik dan
borang semak pemerhatian. Data dianalisis menggunakan ujian-t sampel tidak bersandar, ujian-t
sampel berpasangan, ujian ANOVA sehala, dan analisis deskriptif. Dapatan kajian menggunakan ujian-t
menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam kemahiran komunikasi matematik kumpulan
rawatan berbanding dengan kumpulan kawalan pada semua tahap pencapaian pelajar sekolah menengah
pertama (tin..... 2874 hits |
| 2 | 2025 Thesis | Analisis makna eksplisit penterjemahan peribahasa Arab Melayu dalam Buku Kalilah Wa Dimah Salmi Sakinah Abdul Shukor Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis makna eksplisit yang muncul semasa proses penterjemahan peribahasa Arab-Melayu dalam buku Kalilah & Dimnah: Inspirasi Cendekiawan Merentas Masa, yang diterjemahkan oleh Siti Hadijah Mappeneding pada tahun 2017. Pengkaji menggunakan metodologi kualitatif yang berfokus kepada kajian kepustakaan. Kajian ini berlandaskan kerangka teori yang dikemukakan oleh Vinay dan Darbelnet, serta Klaudy dan Karoly, yang menggunakan pendekatan yang sistematik dan terperinci. Sebanyak 10 peribahasa daripada buku tersebut telah dipilih sebagai korpus kajian. Teknik pengeksplisitan yang digunakan oleh penterjemah telah dianalisis berdasarkan 10 teknik pengeksplisitan yang digariskan dalam kajian Mohamed Mostafa (2016). Dapatan kajian menunjukkan bahawa beberapa teknik ini telah digunakan secara berkesan dalam menterjemah peribahasa Arab ke dalam bahasa Melayu, termasuk parafrasa eksplisit, penggunaan kata hubung, pengembangan leksikal, pengkhususan, penggantian, ..... 41 hits |