UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 2 |
Simplified search suggestions : Hairudin Ruzaili Hambali |
1 | 2023 thesis | Analisis kesejahteraan penerima program bina rumah di negeri Perak Hairudin Ruzaili Hambali Objektif kajian ini adalah untuk menentukan tingkat kesejahteraan, perbezaan min
pembolehubah, hubungan dan pengaruh di antara pembolehubah Kewangan (K),
Kesihatan (K) dan Pendidikan (P) dengan Kesejahteraan, serta membangunkan
Indeks Kesejahteraan Penerima Program Bina Rumah (IKPPBR). Kajian yang
berbentuk kuantitatif ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen bagi
mendapatkan maklumat kajian. Seramai 168 responden yang merupakan penerima
Program Bina Rumah (PBR) di Daerah Batang Padang, Perak terlibat dalam kajian
ini yang dipilih melalui teknik pensampelan bertujuan (purposive sampling). Data
dianalisis dengan menggunakan analisis dekriptif dan inferensi. Dapatan kajian
menunjukkan tingkat kesejahteraan berada pada tahap tinggi berdasarkan skor min
(3.317). Hasil dapatan ujian perbezaan min pembolehubah kesejahteraan mengikut
pembolehubah terpilih menunjukkan keputusan yang tidak signifikan (t (166) = -
0.046, p>0.05) mengikut jantina, manakala keputusan signi..... 156 hits |
2 | 2012 thesis | Pelaksanaan Kursus Induksi Kumpulan Sokongan di bawah skim Perkhidmatan Pelajaran: satu kajian di Jabatan Pelajaran negeri Perak Hairudin Ruzaili Hambali Tujuan utama penyelidikan ini adalah untuk mengkaji elemen-elemen keberkesanan yang mempengaruhi pelaksanaan Kursus Induksi yang cuba dilihat dari perspektif pelajar. Untuk tujuan itu, soal selidik yang diadaptasikan dari Kirpatrick telah diedarkan kepada 159 orang peserta Kursus Induksi Kumpulan Sokongan Perkhidmatan Pelajaran Negeri Perak. Pandangan peserta ini cuba difahami melalui enam elemen iaitu, tenaga pengajar, sokongan majikan, kurikulum, peserta latihan, kaedah latihan dan bahan & kemudahan latihan. Data-data ini dianalisis dengan menggunakan analisis perbandingan min (independent sample t-test dan ANOVA) dan analisis regression. Independent Sample t-test digunakan bagi mencari perbezaan persepsi peserta kursus terhadap faktor yang mempengaruhi keberkesanan kursus. Melalui analisis ini, persepsi pelajar terhadap elemen yang mempengaruhi keberkesanan dapat diukur. Manakala statistik ANOVA digunakan untuk menentukan sekiranya faktor demografi seperti nama j..... 30 hits |