|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Total records found : 1 |
| Simplified search suggestions : Hakima Adila Mohd Bisman |
| 1 | 2024 Article | Gaya asuhan keibubapaan dalam perkembangan personaliti awal dewasa Hakima Adila Mohd Bisman Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneroka gaya asuhan keibubapaan dalam perkembangan personaliti awal dewasa. Terdapat tiga aspek yang diteroka iaitu ciri-ciri gaya asuhan, faktor-faktor perkembangan personaliti, dan kesan gaya asuhan terhadap perkembangan personaliti. Pendekatan kualitatif dengan reka bentuk asas fenomenologi digunakan dalam kajian ini. Seramai tiga orang peserta kajian yang terdiri daripada pelajar Kaunseling Keluarga dan Keibubapaan daripada sebuah universiti tempatan dipilih dengan menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Prosedur pengumpulan data dijalankan dengan menggunakan protokol temu bual separa berstruktur. Kesan dan kebolehpercayaan data dilakukan daripada pelbagai sumber data dan semakan daripada pakar. Hasil analisis data temu bual menunjukkan bahawa terdapat 9 tema yang telah dikenalpasti. Terdapat empat tema untuk aspek ciri-ciri gaya asuhan iaitu gaya asuhan autoritatif, gaya asuhan autoritarian, gaya asuhan permisif dan gaya asuhan diferensiasi..... 118 hits |