AbstractDalam sejarah Semenanjung Tanah Melayu, pendatang India Muslim merupakan satu daripada kelompok minoriti pendatang (selain Arab, Cina, India Hindu, Siam dan rumpun-rumpun Melayu seperti Minangkabau, Bugis, Jawa dan Acheh) yang bertembung dengan orang Melayu asli yang dominan dari segi jumlah bilangan, kuasa dan pengaruh politik. Pertembungan kebudayaan antara kelompok minoriti dan kelompok dominan yang berlainan keturunan etnik ini telah mengakibatkan berlakunya proses asimilasi di mana kelompok minoriti India Muslim mengubahsuaikan budaya mereka kepada budaya Melayu yang dominan. Perkahwinan campur yang berleluasa dan pengubahsuaian kebudayaan yang berterusan selama beberapa generasi telah mewujudkan satu kelompok berketurunan kacukan India Muslim/Melayu yang secara progresif telah menerima kebudayaan orang Melayu dan berasimilasi ke dalam masyarakat Melayu. Pada peringkat awal pertembungan, faktor kebudayaan khususnya persamaan dalam budaya, tradisi serta nilai-nilai Islam telah memu.....