UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 5
Simplified search suggestions : Hanisah Mat
12021
Final Year Project
The effect of caffeine on recovery in sprinters Universiti Pendidikan Sultan Idirs
Khairun Hanisah Kamarudin
Research on the effect of caffeine is widening all over the world and caffeine is most likely known as an ergogenic aid in enhancing sports performance and recovery faster. The purpose of this study is to identify the effect of caffeine on recovery heart rate in UPSI Sprinters. Individual heart rate produced may vary at different time of the day and their food intake. 10 male sprinter athletes (n=IO) from Fox Athletics Club of Universiti Pendidikan Sultan Idris had participated in this study. Participants were divided into two groups, caffeine group (n=5) and control group (n=5) accordingly. Training sessions were conducted with one week interval and sprint training were performed by the sprinters as the exercise load method. Control group was not given any caffeine (0.00 mg/kg) while the caffeine group was given 3.00-3.50 mg/kg of caffeine dosage before the training session begun. The sprint training involved sprinting in distance set of 10m, 30m, 50m, 80m and 100m with 5 minutes rest.....

1084 hits

22022
Article
Kesan penggunaan gajet terhadap kanak-kanak semasa pengajaran dan pembelajaran dalam norma baharu
Hanisah Mat
Penggunaan gajet dalam kalangan kanak-kanak semakin meningkat apabila pengajaran dan pembelajaran dilakukan di atas talian. Kajian ini bertujuan mengenal pasti kesan penggunaan gajet terhadap kanak-kanak semasa pembelajaran dalam norma baharu. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan kaedah tinjauan. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik dan diedarkan melalui aplikasi google form. Sampel yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 70 orang guru prasekolah. Data kajian ini dianalisis secara deskriptif berdasarkan kekerapan dan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan peratusan guru bersetuju 93% (n=65). Gajet memudahkan kanak-kanak mendapatkan maklumat. Dapatan mengenai kesan penggunaan gajet menunjukkan 94% (n= 66) guru bersetuju penggunaan gajet dalam jangka masa yang lama boleh menyebabkan masalah penglihatan dan kanak-kanak yang terlalu obses dengan gajet dan boleh menyebabkan punca kepada gaya hidup yang tidak sihat. Kesimpulannya, penggunaan gajet kepada k.....

499 hits

32024
Final Year Project
Hubungan antara gaya pembelajaran dengan tahap penguasaan pelajar tingkatan empat bagi konsep Graf Gerakan Linear di daerah Larut
Siti Amirah Hanisah Mohd Asri
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji gaya pembelajaran pelajar tingkatan empat di daerah Larut, mengkaji tahap penguasaan pelajar tingkatan empat bagi konsep Graf Gerakan Linear dan mengkaji hubungan antara gaya pembelajaran dengan tahap penguasaan pelajar tingkatan empat bagi konsep Graf Gerakan Linear di daerah Larut. Reka bentuk kajian ialah kajian korelasi yang melibatkan seramai 84 orang pelajar tingkatan empat yang dipilih menggunakan pensampelan rawak mudah. Instrumen yang digunakan ialah borang soal selidik dan dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) Version 16.0 untuk menentukan frekuensi, peratus dan pekali korelasi. Hasil dapatan ialah gaya pembelajaran utama pelajar tingkatan empat ialah gaya pembelajaran berkumpulan dengan peratus 91.7%. 88.1% memilih gaya pembelajaran visual, 70.2% memilih gaya pembelajaran individu, 65.5% memilih gaya pembelajaran muzikal dan gaya pembelajaran matematikal mencatat peratus yang tere.....

394 hits

42023
Article
Elemen warna dalam seni kaligrafi Arab
Asiyah Hanisah Mohd Abidin
Warna merupakan elemen asas dalam penghasilan sesebuah karya seni kerana tujuan penggunaan setiap warna membawa maksud yang berbeza. Sejak zaman dahulu, kaligrafi arab atau khat sering dikenali dengan penggunaan warna hitam dan putih. Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana perubahan yang mampu dibawa dengan mengaplikasikan elemen warna dalam seni kaligrafi oleh para pengkarya dan seniman Islam. Metod yang digunakan bagi memperoleh informasi kajian adalah daripada sumber artikel jurnal dan laman web yang berautoriti serta perpustakaan dalam talian. Hasil kajian mendapati bahawa karya seni kaligrafi arab yang berwarna-warni telah menarik minat penggemar seni daripada segenap lapisan masyarakat. Hal ini menunjukkan bahawa dengan sedikit sentuhan warna, seseorang seniman mampu menghasilkan karya teragung. Kata kunci: warna, seni, kaligrafi, arab, islam..

329 hits

52024
Article
Penerokaan tekanan dalam kalangan murid Orang Asli di sebuah sekolah menengah daerah Kuantan
Nur Hanisah Mohd Hassan
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneroka bentuk tekanan, faktor tekanan, kesan tekanan dan strategi yang diambil oleh murid Orang Asli untuk menangani masalah tekanan. Kajian kes kualitatif dijalankan di se buah sekolah menengah daerah Kuantan ke atas lima orang murid Orang Asli. Data dianalisis menggunakan Model 3C Lichtman menggunakan aspek Koding, Kategori dan Konsep. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat sebanyak 10 tema termasuk tekanan akademik, te kanan emosi, tekanan keluarga, kesan fizikal, kesan emosi, kesan tingkah laku, kesan sosial, daya tindak berfokuskan pengelakan, daya tindak berfokuskan makna, dan daya tindak sosial. Hasil kajian ini mencadangkan keperluan intervensi khusus dalam pendidik an dan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang disesuaikan dengan cabaran unik yang dihadapi oleh murid Orang Asli. Implikasi untuk aspek pendidikan dan sokongan kaunseling turut dibincangkan. Kata kunci: t ekanan, m urid O rang Asli, strategi daya tindak..

70 hits

Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.