UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

3 record(s) found

Simplified search suggestions : Hasan Achmad Sopandi
1
Abstract
Dalam masyarakat Melayu penggunaan warna biasanya dijumpai dalam pelbagai artifak. Warna alam semula jadi lebih banyak digunakan untuk bahan pewama, diperolehi daripada bahan pewama yang ‘mesra alam’ yang sebati dengan kehidupan seharian masyarakat Melayu. Perkara itu telah wujud sejak berabad-abad yang lalu, malah dipercayai wujud dari zaman prasejarah lagi. Orang Melayu pada zaman dahulu mengambil berat tentang nilai-nilai dan perwatakan warna. Warna digunakan rneluas dalam masyarakat Melayu, imej dap satu warna menurut kepercayaan, pengguna akan aman damai dan jauh dari malapetaka. Warna tradisional tempatan ialah satu warisan milik orang Melayu yang memiliki makna dan nilai-nilai yang melibatkan cara hidup, ekonomi, alam persekitaran. Dari faktor ini lahimya pelbagai bentuk kraftangan dan artifak tradisional Melayu. Dalam penggunaan warna trad sional Melayu, pandai tukang memainkan peranan yang penting. Warna wujud kerana keperluan kehidupan seperti untuk berkomunikasi, adat is.....
Conference Item Published 2003 2116 hits Available
2
Abstract
Kertas kerja ini akan membentangkan hasil kajian yang dijalankan untuk meneliti secara khusus tentang sejauh mana sumbangan dan peranan motif purba dalam penghasilan produk batik kontemporari. Kajian ini dibuat untuk menyingkap sama ada motif lukisan gua yang dihasilkan oleh masyarakat silam di negeri Perak dapat dipindah alih dalam penghasilan produk batik masa kini. Khazanah budaya silam ini perlu dipelihara supaya tidak pupus ditelan zaman dan dapat ditelaah oleh segenap lapisan generasi. Sehubungan dengan itu, kertas kerja ini akan membincangkan penggunaan semula reka corak yang terdapat d dinding gua purba dapat di transformasi ke konteks masa kini .untuk membolehkan penghasilan produk batik. Motif purba yang pelbagai menyimpan seribu makna dan boleh dijadikan sumber ilham dan pembuka minda para karyawan seni masa kini. Kertas kerja ini juga turut membincangkan rahsia di sebalik motif purba dan kemahiran yang menjadi amalan masyarakat pada zaman dahulu. Warisan ini mampu berperana.....
Book Section Published 2006 1817 hits Available
3
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan bahan wama alam semula jadi dalam  menghasilkan batik. lanya penting untuk menilai Kursus Batik SS 2182  yang dijalankan di Fakulti  Sains Sosial dan Kesenian Uruversiti Pendidikan Sultan Idris. Penyelidik berusaha untuk mengkaji  keberkesanan kaedah pengajarannya untuk membolehkan  mahasiswa menghasilkan  batik serta untuk   mengkaji dan mempertingkatkan pengajarannya  melalui kajian tindakan. Sampel untuk kajian ini  terdiri daripada 23 orang mahasiswa yang mengambil kursus seperti yang dinyatakan di atas. Penyelidik  menggunakan  model  CIPP ( Konteks, Input, Proses, Produk) yang diperkenalkan oleh  Stufflebeam. Data akan diperolehi secara kaedah kualitatif dan kuantitatif Dapatan kajian ini akan  dianalisis menggunakan SPSS dan beberapa kaedah analisis kualitatif seperti analisis dokumen,  analisis teks, laporan analisis pemerhatian dan borang panduan temu bual. Hasil dapatan kajian ini menunjukk.....
Thesis Published 2002 60 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.