UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Hasmah Muhamed |
1 | 2017 thesis | Pendekatan belajar melalui bermain untuk membantu kemahiran komunikasi kanak-kanak autistik di Pra Sekolah Pendidikan Khas Hasmah Muhamed Kajian ini bertujuan untuk menyelidiki kesan pendekatan belajar melalui bermain untuk kanak-kanak autistik yang bermasalah komunikasi di prasekolah pendidikan khas. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti masalah komunikasi, jenis aktiviti bermain dan impak aktiviti bermain terhadap komunikasi kanak-kanak autistik. Kajian kes kualitatif ini dijalankan di sebuah prasekolah pendidikan khas di daerah Kluang, Johor melibatkan tiga kanak-kanak autistik dan seorang guru prasekolah pendidikan khas sebagai responden kajian. Tempoh masa kutipan data adalah selama lapan minggu. Kaedah pengumpulan data yang digunakan ialah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Pemerhatian dijalankan sebanyak lima kali bagi setiap aktiviti bermain menggunakan borang senarai semak pengesanan masalah komunikasi dan senarai semak pengesanan kewujudan aspek komunikasi pada kanak-kanak autistik. Dua set soalan temu bual disediakan dan digunakan dalam empat sesi temu bual. Data pemerhatian, dokumen rasmi dan ..... 1127 hits |